Juve kukuhkan kedudukan

Juve kukuhkan kedudukan

MLAN, 17 Okt – Paulo Dybala menjaringkan gol ketika juara Juventus mengukuhkan kedudukan mereka dalam Serie A dengan kemenangan 2-1 ke atas Udinese ketika pesaing Napoli dan Inter Milan tewas.

Juventus diberikan insentif besar sebelum sepak mula mereka menentang pasukan liga ‘bianconeri’ lain pada Sabtu lalu selepas Roma mengejutkan Napoli 3-1 di San Paolo.

Pasukan Old Lady of Turin, yang memburu gelaran keenam berturut-turut, meletakkan persaingan merebut liga itu dengan menguasai permainan untuk meninggalkan Roma ditempat kedua dengan ketinggalan lima mata. Selepas AC Milan melonjak di tangga ketiga dengan kemenangan 3-1 di Chievo, Napoli jatuh di tangga keempat dengan ketinggalan tujuh mata.

Juventus menghadapi Lyon dalam Liga Juara–Juara esok, apabila juara Itali itu dilihat akan mengukuhkan cengkaman mereka dalam Kumpulan H.

Tetapi kepentingan untuk mencatatkan gelaran keenam, Massimiliano Allegri tidak banyak membincangkannya.

Aksi Paulo Dybala (kiri) ketika meraikan jaringan pada perlawanan menentang Udinese di Stadium Turin. – AFP
Aksi Paulo Dybala (kiri) ketika meraikan jaringan pada perlawanan menentang Udinese di Stadium Turin. – AFP

“Kami mendahului lima mata di depan Roma dan tujuh di depan Napoli, tetapi bulan ini kami berdepan dengan beberapa pesaing,” kata jurulatih Juventus.

“Pada Sabtu kami menghadapi pasukan AC Milan yang melakarkan kempen menarik setakat ini, dan kemudian menghoskan Napoli pada 29 Oktober.”

“Jadi kami perlu pergi secara perlahan. Kami memenangi perlawanan ini, kami akan fokus ke atas Lyon esok dan kemudian mula memikirkan semula mengenai Milan.”

Ia setakat ini adalah persembahan yang sempurna dari Old Lady, tetapi secara kolektif, gergasi Turin adalah sukar untuk diikuti. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA