Juve menang tipis

Juve menang tipis

TURIN, Itali, 26 Nov (AFP) – Jaringan separuh masa pertama Mario Mandzukic menyaksikan finalis yang tewas musim lalu itu mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara semalam dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City yang cedera beberapa pemain.

City yang sudah pun layak selepas kemenangan 3-1 di Sevilla sebelum ini, berkunjung ke Turin untuk menyelamatkan kedudukan teratas dalam Kumpulan D dan juga untuk membalas dendam bagi kekalahan 2-1 mereka kepada Bianconeri di Stadium Etihad September lalu.

Tetapi kekalahan kedua berturut–turut kepada juara Itali itu bermakna City sekarang dilihat selesai tangga kedua di belakang Juventus dalam kumpulan itu.

Juventus sekarang mencatatkan kelebihan dua mata sebelum menghadapi Sevilla di gelanggang luar bulan depan, sementara City pula menjadi hos kepada Borussia Moenchengladbach.

Mandzukic menjaringkan gol semasa menentang Manchester City di Stadium Juventus, Turin semalam. – AFP
Mandzukic menjaringkan gol semasa menentang Manchester City di Stadium Juventus, Turin semalam. – AFP

“Tabik kepada pasukan. Mereka memberikan saya kelayakan dengan baki satu perlawanan,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri. “Ini bukanlah kumpulan mudah.

Borussia (Moenchengladbach) mencatatkan musim menarik musim lalu dan Manchester adalah pasukan teknikal dengan beberapa pemain terbaik.

“Bukanlah mudah untuk memenangi perlawanan Liga Juara–Juara. Kami telah melakukannya, sekali lagi, sambil tidak bolos di tempat sendiri. Kami berbangga dengan statistik itu begitu juga pasukan sememangnya layak menerima pujian.”

ARTIKEL YANG SAMA