Juve rai dua kejayaan

Juve rai dua kejayaan

TURIN, Itali, 24 Mei (AFP) – Raja Liga dan juara Piala Itali, Juventus membuat perarakan untuk dua kemenangan trofi mereka di Turin selepas menang 3-1 ke atas Napoli semalam yang menyaksikan pasukan Rafael Benitez itu perlu mengharungi play-off Liga Juara-Juara.

Juventus menyingkirkan Lazio 2-1 dalam perlawanan Piala pada Rabu lalu untuk menyelamatkan dua kemenangan pertama sejak 1995 dan dengan baki dua minggu sebelum final Liga Juara–Juara, mereka sudah menukar perhatian untuk menewaskan Barcelona di Berlin.

Jurulatih Massimiliano Allegri merehatkan pertahanan Giorgio Chiellini, Leonardo Bonucci dan Patrice Evra, midfield Arturo Vidal dan Andrea Pirlo begitu juga dengan penyerang Carlos Tevez dan Fernando Llorente bagi perlawanan akhir musim ini.

Napoli akan membuat kunjungan ke Turin untuk memburu kemenangan yang akan mengekalkan harapan mereka bagi menyudahkan tiga tangga teratas dan kemungkinan tempat dalam Liga Juara–Juara musim depan. Tetapi pasukan pelapis kedua Juventus gagal menjejaskan Napoli.

Pemain Juventus meraikan kejayaan sebagai juara Serie A selepas menentang Napoli di stadium Juventus di Turin semalam. - AFP
Pemain Juventus meraikan kejayaan sebagai juara Serie A selepas menentang Napoli di stadium Juventus di Turin semalam. – AFP

Pada akhirnya, pasukan pelawat menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Miguel Britos dilayangkan kad merah kerana menghantukkan kepala kepada Alvaro Morata. Ketika Benitez dan pasukannya terus memulaukan media, Allegri berkata persembahan pemainnya memberikannya jaminan mengenai potensi di Berlin.

“Pasukan berada dalam kedudukan yang bagus dan beraksi dengan baik, terutamanya selepas rehat. Mereka mungkin sedikit kurang imaginasi tetapi saya tidak menyalahkan mereka kerana itu,” kata Allegri.

“Kami berada dalam kedudukan yang bagus menuju final. Tetapi anda hanya perlu memenangi setiap perlawanan di atas padang, bukan sebelumnya.”

Juventus membuka jaringan menerusi Roberto Pereyra pada minit ke-13 dan biarpun Divd Lopez menyamakan kedudukan bagi pasukan pelawat apabila dia menyudahkan sepakan yang melantun selepas Gianluigi Buffon menyelamatkan sepakan penalty dari Lorenzo Insigne, Juventus sukar dihentikan.