Juve sedia rai scudetto kelima

Juve sedia rai scudetto kelima

MILAN, 22 April – Jurulatih Juventus Massimiliano Allegri (gambar) bersedia untuk mengangkat kakinya dan meraikan rekod gelaran Serie A kelima “di depan televisyen” selepas musim cemerlang gergasi Turin itu.

Juventus “selangkah kecil” daripada menyamakan kejayaan 1935 mereka dalam memenangi lima gelaran liga selepas mengatasi pesaing lama Napoli yang ketinggalan sembilan mata dengan baki empat perlawanan.

Juara Itali itu akan memenangi “scudetto” kelima jika menewaskan Fiorentina di gelanggang luar Ahad ini dan Napoli gagal menewaskan Roma di ibu negara Itali pada Isnin depan.

Ia adalah senario di mana Allgeri, yang menghampiri untuk keluar dari kelab itu pada musim luruh lalu sebelum gergasi Serie A menukar kedudukan, akan sedia diterima walaupun dia mengakui Fiorentina tidak tergesa-gesa.

“Kepala berada dalam air dan kami tidak lemas,” kata Allegri yang merujuk kepada masalah awal musim mereka.

pg21_160423_c

“Sekarang, kami hanya selangkah kecil dari melengkapkan perjalanan bersejarah itu, tetapi di Florence kami perlu beraksi dengan baik. Fiorentina pasukan kuat dan menjadi pesaing besar kami selama beberapa tahun, tetapi saya tidak akan menyatakan tidak bagi meraikannya di depan televisyen.”

Dengan menyatakan Juventus hanya beberapa mata di atas zon penyingkiran dan terjejas pada Oktober lalu, ia pertukaran yang menarik bagi pasukan yang berada di bawah kendalian Allegri pada musim panas 2014.

Dalam musim pertamanya membimbing, Allegri – yang dipecat oleh AC Milan pada Jnauari 2014 – mengetuai Bianconeri bagi liga pertama mereka dan dua persaingan Piala dalam tempoh 20 tahun dan persaingan Liga Juara-Juara pertama mereka dalam tempoh 12 tahun, yang hanya tewas kepada Barcelona.

Biarpun tersingkir daripada perlawanan itu pada suku akhir berikutan kekalahan kepada Bayern Munich, Juventus masih dapat menyelamatkan dua persaingan piala mereka ketika mereka menghadapi AC Milan dalam Piala Itali pada 21 Mei. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA