Juve terus hambar, tewas 1-2

Juve terus hambar, tewas 1-2

ROM, 27 Sept (dpa) – Permulaan hambar juara Serie A, Juventus musim ini berterusan semalam dengan kekalahan 2-1 di Napoli yang mengekalkan mereka dengan lima mata selepas enam perlawanan.

Lorenzo Insigne kelahiran Naples dan Gonzalo Higuain dari Argentina menjadi sasaran bagi kemenangan yang meletakkan Napoli dengan sembilan mata untuk mengisi tangga ke lapan ketika Juventus kekal di tangga ke-13.

Di San Paolo, Insigne mengejutkan Gianluigi Buffon di sudut kiri gawang pad minit ke 26 selepas bertukar-tukar hantaran bersama Higuain, tetapi meninggalkan padang dengan kaki cedera pada minit ke-40 ketika pasukannya tidak menyatakan risiko pada separuh masa pertama menentang pasukan juara.

Higuain pada minit ke-62 menyudahkan hantaran dari Hernanes dan meluru ke sudut kiri untuk meledakkan rembatan ketika menyaksikan tangan Buffon hanya dapat menyentuh rembatan penjuru itu.

Mario Lemina seminit kemudian menjaringkan gol pertamanya bagi Bianconeri, yang tidak membawa ancaman serius ketika mereka gagal untuk menghindarkan kekalahan ketiga.

Pemain hadapan Juventus, Simone Zaza (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan pemain pertahan Napoli, Kalidou Koulibaly (kiri) pada perlawanan Serie A di Stadium San Paolo di Naples. – AFP
Pemain hadapan Juventus, Simone Zaza (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan pemain pertahan Napoli, Kalidou Koulibaly (kiri) pada perlawanan Serie A di Stadium San Paolo di Naples. – AFP

“Ia adalah perlawanan penting dan kami tahu bagaimana pentingnya bagi pasukan itu,” kata Higuain. “Kami bermain dengan baik dan ia adalah apa yang kami mahukan ketika ini.

“Ia adalah perlawanan, penting, tetapi masih terdapat banyak perlawanan.”

Aksi lebih awal menyaksikan Roma menjaringkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit ketika mereka membenam pendatang baru 5-1 untuk mengisi tangga ketiga.

Costas Manolas, Miralem Pjanic dan Gervinho juga dalam sasaran di antara minit ke-24 dan ke-31, Marco Borriello menjaringkan satu gol sebelum rehat, dan Mohamed Salah dan Lucas Digne melengkapkan kemenangan pada separuh masa kedua di mana Ryder Matos dari Carpi gagal menyudahkan sepakan penalti.

Tetapi terdapat berita buruk bagi Roma apabila kapten veteran, Francesco Totti mengalami kecederaan sejurus selepas dimasukkannya pada separuh masa kedua. Juara dunia 2006 itu, berusia 39 tahun hari ini.