Juve waspada ancaman Kane

TURIN, Itali, 13 Feb – Pemain pertahanan, Giorgio Chiellini berkata ia memerlukan seluruh pasukan Juventus untuk menghentikan pemain penyerang Tottenham, Harry Kane dalam persaingan pusingan 16 terakhir pertama Liga Juara-Juara dalam satu pertemuan di Turin.

Pasukan kendalian Muaricio Pochettino berada dalam rentak menarik bagi persaingan Liga Perdana baru–baru ini, dengan mengutip tujuh mata daripada perlawanan menentang Manchester United, Liverpool dan Arsenal, dengan Kane menjaringkan gol ke-101 dalam liga bagi persaingan tetangga utara London pada hujung minggu lalu.

“Mustahil untuk saya seorang menghentikan Kane,” kata pemenang Serie A enam kali, Chiellini.

“Saya tidak begitu terlalu berani atau sombong untuk memikirkan saya boleh. Saya berharap seluruh pemain Juventus boleh menghentikan Tottenham, ia adalah yang penting.

“Pertembungan ini adalah penting tetapi seluruh pasukan perlu melakukan yang terbaik untuk mengehadkan, bukan hanya pergerakan Harry Kane, tetapi ‘empat terbaik’ (Kane, Dele Alli, Christian Eriksen, Son Heung-min) dalam bahagian serangan.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri (kanan) dan pemain pertahanan Giorgio Chiellini ketika menghadiri sidang media menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Tottenham Hotspur. – AP

“Kami tidak hanya memikirkan Tottenham sebagai Kane, tetapi sebagai seluruh pasukan. Mereka tidak mencapai pada peringkat ini dengan mudah.

“Esok kami mahu melakukan yang terbaik dengan penuh hormat dan rendah diri, sedar bahawa ini adalah langkah pertama perjalanan, yang saya harapkan akan membawa kami ke Kiev pada Mei nanti.”

Juventus, finalis dua kali dalam tempoh tiga musim lalu, hanya bolos sekali dalam perlawanan 16 pasukan terakhir mereka dan Kane berkata dia berazam untuk bersaing sekali lagi bersama Chiellini.

“Dia seorang pemain pertahanan yang luar biasa,” kata Kane, yang menghadapi Chiellini sebelum ini.

“Permulaan pertama saya bagi pasukan England adalah lima minit pertama dia menghasilkan cabaran dan saya menghadapi pergerakan yang terhad selama 10 minit.

“Ia adalah alu-aluan yang bagus kepada bola sepak antarabangsa.” – AFP