Juventus benam Fiorentina 3-1

Juventus benam Fiorentina 3-1

TURIN, 14 Dis (Reuters) – Juventus kembali bersaing untuk gelaran Liga Itali dengan kemenangan 3-1 mengatasi Fiorentina awal pagi tadi, manakala Napoli dan AS Roma seri 0-0 dan AC Milan yang bermain 10 pemain diikat 1-1 oleh kelab bawahan, Hellas Verona.

Pemain Fiorentina, Josip Ilicic memberikan mereka jaringan pendahuluan dari sepakan penalti pada pembukaan permainan, namun Juventus menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila Juan Cuadrado menyamakan kedudukan berdepan bekas kelabnya.

Mario Mandzukic dan Paulo Dybala menyumbat gol pada babak kedua untuk menambah kesukaran pasukan tuan rumah untuk mencabar gelaran selepas permulaan buruk pada musim ini.

Kemenangan keenam berturut-turut Juventus dalam liga membantu mereka mara ke tangga keempat dengan 30 mata, enam mata di belakang pendahulu Inter Milan, manakala Fiorentina kekal kedua empat mata daripada pendahulu.

Pemain pertahanan Juventus Giorgio Chiellini berebut bola dengan pemain Fiorentina. – AFP
Pemain pertahanan Juventus Giorgio Chiellini berebut bola dengan pemain Fiorentina. – AFP

Roma, yang kini melalui empat perlawanan liga tanpa kemenangan dan terpaksa berterima kasih kepada penjaga gol Wojciech Szczesny kerana berjaya menghalang percubaan Napoli, jatuh ke kedudukan kelima, satu mata di belakang Juventus.

Napoli ketiga, sama kedudukan dengan 32 mata bersama Fiorentina.

Valter Birsa menjaringkan gol tunggal ketika Chievo mengatasi Atalanta, dengan Nicolo Cherubin dan Jasmin Kurtic dibuang padang, manakala Empoli menewaskan pasukan sedang bergelut Carpi 3-0 untuk ke kedudukan kesembilan.

ARTIKEL YANG SAMA