Juventus bersedia menentang Barcelona

Juventus bersedia menentang Barcelona

TURIN, Itali, 2 Jun (AFP) – Jurulatih Massimiliano Allegri menegaskan Juventus akan bersedia bagi “kejutan” pemain trio yang terdiri dari Luis Suarez, Neymar dan Lionel Messi apabila gergasi Turin itu menghadapi Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Musim Juventus hampir sempurna di bawah kendalian Allegri, yang berada pada musim pertamanya membimbing pasukan Bianconeri bagi scudetto keempat berturut–turut dan liga pertama mereka dan dua Piala dalam tempoh 20 tahun.

Harapan Juve untuk mengikuti pesaing liga, Inter Milan, 2010, dikuatkan dengan fakta mereka membuat perjalanan ke Berlin bagi perlawanan akhir yang akan diadakan pada Sabtu ini sebagai pasukan bawahan.

Di antara mereka, pemain antarabangsa Uruguay, Suarez (24), pemain sensasi Brazil, Neymar (38) dan pemain terbaik Argentina, Messi (58) menjaringan 120 gol musim ini bagi membantu Barcelona memenangi liga dan dua Piala.

Messi terutamanya mempamerkan persembahan menarik, menjaringkan golnya yang ke 400 bagi kelab Catalan itu bulan lalu, menjaringkan gol kemenangan menentang Atletico Madrid yang membolehkan mereka menjulang gelaran liga dan menjaringkan gol yang mengejutkan, jaringan individu dalam kemenangan 3-1 ke atas Athletic yang menyelamatkan Piala Copa Del Ray pada Sabtu lalu.

Sidang media bersama pasukan Juventus menjelang perlawanan akhir liga juara-juara. –AFP
Sidang media bersama pasukan Juventus menjelang perlawanan akhir liga juara-juara. –AFP

Kejayaan terbaru Messi tidak terlepas dari pemain Juventus, atau Allegri, yang mengakui: “Apa yang dilakukannya pada Sabtu lalu adalah baik tetapi jaringannya lebih bagus.”

“Dia seorang makhluk asing,” kata pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci. Apabila dia melihat mereka beraksi, dia mengakuinya, “apa yang dapat anda lakukan adalah pujian.”

Allegri dengan segera memuji “karakter dan teknikal” Barcelona,’ tetapi berkata Juventus tidak akan hanya duduk dan menanti bagi perkara itu berlaku”.

“Apa yang kami lakukan adalah ber-main dengan permainan kami, bermain dengan baik dan pada keseluruhannya, menunjukkan apa yang kami miliki untuk mencabar trofi itu,” tambah jurulatih itu.

“Kami perlu memberikan tumpuan ke atas peranan kami sendiri. Mereka (Suarez, Neymar dan Messi) telah menjaringkan 120 gol di antara mereka musim ini, tetapi kami adalah pasukan hebat dengan semangat tinggi.”