Juventus cuba baham Napoli

Juventus cuba baham Napoli

MILAN, 3 Dis (AFP) – Juventus akan membuat perjalanan ke Lazio esok untuk memburu kemenangan kelima berturut–turut yang akan mengurangkan jurang dengan pasukan pendahulu, Napoli dan kemungkinan menjejaskan tugasan Stefano Pioli.

Kunjungan juara itu ke ibu negara Itali disegerakan kerana kunjungan Juventus bagi persaingan Liga Juara–Juara ke Sevilla minggu depan dan, dengan rentak sekarang, kewangan bijak pasti memihak kepada Bianconeri.

Kemenangan 3-0 Juventus di Palermo Ahad lalu, keempat berturut–turut dalam liga, membolehkan pasukan Massimiliano Allegri itu melonjak ke tangga kelima dalam Serie A.

Mereka mungkin ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu tetapi perubahan menarik itu memberikan Juventus mata-mata menarik di atas zon penyingkiran enam minggu yang lalu.

Biarpun Lazio bermasalah pada masa ini, midfield Juventus, Claudio Marchisio memberi amaran bagi kemungkinan tindak balas. “Kami perlu berhati–hati dengan Lazio kerana mereka telah melalui masa yang sukar.

Mario Mandzukic (kanan) mungkin menggalas tugas di bahagian depan apabila Juventus menentang Napoli esok. – AFP
Mario Mandzukic (kanan) mungkin menggalas tugas di bahagian depan apabila Juventus menentang Napoli esok. – AFP

“Pada satu kedudukan yang positif, kami menyediakan perlawanan dengan cara terbaik dengan dua hari tambahan berbanding kepada apa yang kami ada sejak beberapa minggu lalu.”

Dengan Paul Pogba digantung dan Sami Khedira masih direhatkan, Allegri dijangka menggunakan formasi 3-5-2 bagi membantu menutup midfield yang mengalami kecederaan, dengan sama ada Alvaro Morata atau Mario Manduzukic akan berganding bersama Paulo Dybala di bahagian depan.

Pioli, sementara itu, dilaporkan tergantung dengan tugasannya, hanya beberpa bulan selepas merubah Lazio menjadi pasukan liga paling menarik akhir musim lalu.

Lazio mara ke fasa kumpulan Liga Europa untuk berada dalam pusingan 32 terakhir setelah menamatkan kedudukan teratas dengan berbaki satu perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA