Juventus gagal menyengat

Juventus gagal menyengat

ROM, 13 Sept (dpa) – Juventus gagal untuk menukar corak permainan ketika Cheivo mengekang mereka seri 1-1 semalam untuk berada di tangga teratas Serie A Itali ketika pasukan Bianconeri mendapatkan mata pertama dari tiga perlawanan.

Pasukan Verona mendahului lebih awal menerusi Parparim Heremaj dan bertahan sehingga Paulo Dybala menyudahkan sepakan penalti. Mereka mencatatkan tujuh mata dan mendahului melalui perbezaan jaringan ke atas Roma, yang menewaskan Frosinone 2-0.

Bos Juventus, Massimiliano Allegri merehatkan Paul Pogba dan Giorgio Chiellini untuk memberikan laluan kepada pemain yang baru ditandatangani, Hernanes dan Alex Sandro, dengan Claudio Marchisio kembali dari kecederaan untuk menghasilkan permulaan yang pantas.

Bianconeri, bagaimanapun dikejutkan pada minit kelima menerusi jaringan pertama pasukan lawan, yang juga melengkapkan kekalahan mereka di tempat sendiri 1-0 ke atas Udinese pada musim pembukaan.

Hetemaj menyudahkan menerusi bola liar di luar kotak penalty dan mengejutkan Gianluigi Buffon di sudut kanan bagi mengejutkan Stadium Juventus, di mana kedudukan itu begitu hampir terhadap mercun yang dibaling oleh peminat ketika persaingan menentang Torino pada April lalu.

Pertahanan Juventus, Alex Sandro (kanan) mengawal bola pada perlawanan Serie A Itali, Juventus menentang Chievo pada 12 September 2015 di Stadium Juventus di Turin. – AFP
Pertahanan Juventus, Alex Sandro (kanan) mengawal bola pada perlawanan Serie A Itali, Juventus menentang Chievo pada 12 September 2015 di Stadium Juventus di Turin. – AFP

Separuh masa pertama selebihnya menyaksikan penjaga gawang Cheivo, Albano Bizzarri menyelamatkan kedudukan menerusi rembatan minit ke 10 dari Hernanes sebelum Leonardo Bonucci gagal untuk menyudahkan sepakan dari Roberto Pereyra, yang terlepas selepas sepakan keluar ketika Dybala dan Stefano Sturaro juga terlepas sepakan.

Pogba di turunkan untuk menggantikan Marchisio pada separuh masa kedua, tetapi tidak menghasilkan peningkatan kepada taktik pasukan Bianconeri itu, yang terpaksa berterima kasih kepada Buffon bagi menyelamatkan kedudukan rembatan kedua Cheivo menerusi Alberto Paloschi.

Peluang terbaik Juve adalah pada minit ke 57 ketika rembatan leret Pereyra mengenai tiang gol dan Pogba menyaksikan rembatannya dihalang oleh Nicolas Frey.

Sepakan pantas kedua dari Hernanes diselamatkan pada minit ke 69, dab Bizzarri juga menafikan sepakan bebas dari pemain Brazil itu ketika perlawanan berbaki 10 minit. Pemain gantian Juan Cuadrado dari Bostjan Cesar membawa kepada sepakan penalti disudahkan oleh Dybala pada minit ke 83.