Juventus hampiri kejuaraan

Juventus hampiri kejuaraan

MILAN, 18 April (AFP) – Paul Pogba menjadi pencetus kebangkitan juara bertahan, Juventus untuk merangkul gelaran Serie A kali kelima berturut-turut selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas Palermo, malam tadi.

Kali terakhir mereka memenangi lima gelaran liga berturut-turut pada tahun 1935, dan gergasi Turin itu diberi insentif tambahan apabila pencabar utama kejuaraan Napoli mengalami kekalahan kedua mereka dalam tiga perlawanan selepas tunduk 0-2 kepada Inter Milan.

Malah kemenangan itu menyaksikan Juventus menjarakkan kedudukan mereka kepada sembilan mata mengatasi Napoli yang dibimbing Maurizio Sarri di tempat kedua dengan lima baki perlawanan musim ini.

Senyuman pada wajah jurulatih Juve , Massimiliano Allegri cukup untuk menggambarkan kegembiraan beberapa pegawai tertinggi Juventus di Turin termasuk pengarah sukan, Pavel Nedved. Tetapi Allegri menegaskan ia masih terlalu awal untuk meraikannya.

Paul Pogba meraikan gol bersama rakan sepasukannya. – AFP
Paul Pogba meraikan gol bersama rakan sepasukannya. – AFP

Juventus melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada 23 perlawanan, memecahkan benteng lawan pada minit ke-10 apabila pemain midfield Khedira mengawal hantaran Pogba menggunakan dada sebelum meledak voli ke gawang lawan dari jarak dekat

“Kami mempunyai kelebihan sembilan mata dan perbezaan gol yang baik, tetapi perjuangan belum berakhir lagi,” kata Allegri kepada Mediaset.

“Kami masih perlu menang dua perlawanan dan satu seri, selepas itu kami boleh bercakap mengenai gelaran.