Juventus kembali menang

Juventus kembali menang

ROME, 5 Okt (Reuters) – Juara Serie A, Juventus mencatatkan gol kemenangan kedua mereka dalam liga musim ini selepas bangkit untuk menewaskan Bologna 3-1 di laman sendiri semalam.

Juventus ketinggalan lebih awal tetapi memberikan respons melalui Alvaro Morata dan pemain yang baru ditandatangani Paulo Dybala dan Sami Khedira untuk melonjak ke tangga ke-12. Ia adalah jaringan pertama pemain tengah dari Jerman, Khedira bagi kelab itu.

AC Milan mengalami kekalahan keempat mereka dalam kempen itu ketika mereka tewas 4-0 kepada Napoli.

Fiorentina masih mengungguli senarai selepas menewaskan Atalanta 3-0 di laman sendiri, dengan pasukan pelawat berada dalam persaingan selepas kehilangan Gabriel Paletta kerana dilayangkan kad merah pada minit kelima dalam kemungkinan kesilapan identiti.

Inter Milan yang berada di tangga kedua, yang dikalahkan oleh Fiorentina hujung minggu lalu, terus hilang arah selepas seri 1-1 di Sampdoria, sementara Lazio menewaskan Frosinone 2-0 menerusi jaringan lewat dari Keita dan Filip Djordjevic.

Pasukan Juventus ketika meraikan gol mereka apabila beraksi di laman sendiri. – AFP
Pasukan Juventus ketika meraikan gol mereka apabila beraksi di laman sendiri. – AFP

AS Roma menghalang kebangkitan lewat dari Palermo untuk menang 4-2, Empoli menewaskan Sassuolo 1-0 menerusi jaringan minit ke-88 dari Massimo Maccarone dan Udinese seri 1-1 menentang Genoa. Juve bangkit dalam kemenangan Liga Juara–Juara pertengahan minggu ke atas Sevilla dengan kejayaan ke atas Bologna di Turin, biarpun ketinggalan kepada jaringan minit kelima dari Anthony Mounier.

Juve menyamakan kedudukan pada minit ke-33 apabila Khedira memberikan umpanan kepada Morata, yang menanduk bola menewaskan Antonio Mirante.

Sepakan penalti Dybala memberikan Juve pendahuluan pada minit ke-52, sebelum Khedira, yang membuat kemunculan dalam Serie A, menghidupkan permainan dengan juara Itali apaibla menanduk masuk hantaran lintang dari Morata pada minit ke-63.

ARTIKEL YANG SAMA