Juventus menang tipis 1-0 ke atas Roma

Juventus menang tipis 1-0 ke atas Roma

TURIN, 25 Jan – Penyerang Argentina, Paulo Dybala mencetak jaringan peribadi ke-12 dalam Serie A tatkala Juventus mengekalkan rekod bersih di laman sendiri ke atas AS Roma dengan kemenangan 1-0 awal pagi tadi.

Juve mencatat kemenangan dalam empat pertemuan terakhir di laman sendiri ke atas Roma, termasuk merakamkan tiga gol dalam setiap aksi terbabit.

Segala-galanya berubah di akhir pertemuan mengecewakan itu – mungkin menyaksikan tonggak veteran Roma Daniele De Rossi berdepan hukuman penggantungan selepas disyaki mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap penyerang Juve Mario Mandzukic – Dybala menukar suasana stadium menjadi liar apabila menyambut hantaran Paul Pogba untuk menewaskan Wojciech Szczesny.

Kemenangan ke-14 musim ini dan ke-11 berturut-turut bermakna Juve kekal di tangga kedua tetapi mereka terus menghimpit pendahulu Napoli, yang meraih kemenangan 4-2 ke atas Sampdoria dalam satu lagi aksi lebih awal yang menyaksikan penyerang Gonzalo Higuain menjaringkan gol peribadi ke-21 dirinya.

“Untuk memenangi perlawanan seperti ini, anda harus menjaringkan gol pada masa yang tepat,” kata jurulatih Juve, Massimiliano Allegri.

Pemain AS Roma Edin Dzeko dikawal rapat oleh pemain Juventus Samir Khedira. – Reuters
Pemain AS Roma Edin Dzeko dikawal rapat oleh pemain Juventus Samir Khedira. – Reuters

“Sebenarnya, pada babak pertama kelibat Dybala tidak kelihatan. Kemudian dua muncul wira dengan jaringan kemenangan.”

Roma kekal tangga kelima namun 12 mata ketinggalan dalam pemburuan liga dalam perlawanan kedua di bawah kendalian Luciano Spalletti susulan pemecatan Rudi Garcia dua minggu lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA