Juventus menang tipis

Juventus menang tipis

LONDON, 8 Ogos – Pengurus pasukan West Ham, Slaven Bilic percaya pemain penyerang, Andy Carroll akan mendapatkan panggilan semula England selepas menjaringkan satu gol dalam perlawanan yang berkesudahan tewas 3-2 kepada juara Itali, Juventus semalam.

Bekas pemain penyerang Newcastle dan Liverpool itu, 27, menjaringkan menerusi tandukan dan memberikan pengurus pasukan England yang baru, Sam Allardyce peringatan terhadap bakatnya yang membolehkannya mendapatkan sembilan cap setakat ini.

“Andy meninggalkan kesan, dia seorang pemain yang hebat,” kata Bilic, yang mendedahkan dia dalam usaha menandatangani dua pemain baru yang dirasakan bintang Ghana, Andre Ayew dari pesaing Swansea dan pemain pertahanan Perancis, Arthur Masuaku dari pasukan Olympiakos, Greece.

“Jaringan tersebut adalah jaringan tipikalnya dan dia sekali lagi membuktikan bahawa kami adalah tepat apabila mengambil kira ke atasnya,

kerana dia akan melakukan perkara tersebut. Dia seorang pemain yang berkualiti tinggi.

Aksi Andy Carroll (kiri) semasa menjaringkan gol pertama semasa perlawanan persaha-batan pra-musim antara West Ham United dan Juventus di Stadium London di timur London pada Ahad lalu. – AFP
Aksi Andy Carroll (kiri) semasa menjaringkan gol pertama semasa perlawanan persaha-batan pra-musim antara West Ham United dan Juventus di Stadium London di timur London pada Ahad lalu. – AFP

“Bilic, yang membimbing pasukan Hammers di tangga ketujuh dalam Liga Perdana musim lalu, berkata Carroll, tidak seharusnya membiarkan mindanya tertanya-tanya mengenai panggilan semula antarabangsa.

“Semua pemain saya tidak seharusnya mengimpikan mengenai England kerana musim yang bagus atau pertukaran pengurus. Mereka perlu beraksi dengan baik bagi West Ham. Tetapi jika Carroll beraksi seperti yang dilakukannya hari ini, tidak ramai pemain yang boleh melakukannya,” kata bekas jurulatih kebangsaan Croatia, 47.

“Ia mudah. Jika dia menghindarkan dari kecederaan jadi dia mempunyai peluang besar untuk mencatatkan musim yang hebat.”

Ulasan Bilic itu disokong oleh pengurus sejawatannya dari Juventus, Massimiliano Allegri, yang memberikan kemunculan kepada pemain yang baru ditandatangani, Gonzalo Higuain di kawasan menarik West Ham yang baru, The London Stadium, yang menghoskan acara atletik dan pembukaan dan penutupan Olimpik 2012. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA