Juventus Napoli teruskan aksi liga

Juventus Napoli teruskan aksi liga

MILAN, 30 Sept – Juventus dan Napoli kembali kepada asas Serie A selepas kemenangan hebat Liga Juara-Juara sementara penjaring terbanyak dalam liga, Mauro Icardi dari Inter Milan dijangka menambah kiraan golnya apabila berkunjung ke Roma pada Ahad ini.

Juventus, yang disebut-sebut akan memenangi buat kali keenam berturut-turut boleh merasa yakin kerana mengekalkan pendahuluan satu mata mereka ke atas Napoli di Empoli.

Setelah seri tanpa gol dengan Sevilla di tempat sendiri, para pemain Masimiliano Allegri menumpaskan Dinamo Zagreb dengan empat gol dalam kemenangan Liga Juara-juara Rabu lalu yang meletakkan mereka di tangga teratas Kumpulan H.

Meskipun pemain penyerang veteran Empoli, Massimo Maccarone telah pulih dari kesakitan belakang, prestasi mengagumkan di tempat sendiri mungkin terjejas oleh kecederaan akhir para pemain pertahanannya.

Giuseppe Bellusci kini boleh menyertai Vincent Laurini, Andrea Costa dan Federico Barba dalam senarai pemain tercedera yang semakin bertambah.

Namun pasukan lebih kecil dalam Serie A yang kerap mendapat kelebihan menentang kelab gergasi Turin, dan Allegri – yang menyaksikan Miralem Pjanic, Gonzalo Higuain, Paulo Dybala dan Dani Alves menjaringkan gol di bandar Croatia, masih berhati-hati.

“Apabila perlu untuk menang, ia tidak pernah mudah,” kata Allegri selepas perlawanan Selasa lalu di Zagreb. “Para pemain muda hebat, namun kita mesti mengekalkan penumpuan kami dan menginginkan kemenangan di Empoli.

Di sebalik Juventus menandatangani Higuain dari Napoli pada perjanjian bernilai 90 juta euro awal musim panas ini, kelab itu tidak terjejas dengan ketiadaannya.

Sudah tentu, sebilangan percaya pemergiannya telah membebaskan Napoli dari obsesi Higuain memecahkan rekod 66 tahun Gunnar Nordahl iaitu catatan 35 gol dalam satu musim. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA