Juventus sasar kejayaan Liga Juara-Juara

Juventus sasar kejayaan Liga Juara-Juara

MILAN, 25 Sept – Massimiliano Allegri menegaskan fokusnya kini kepada mencari mata pertama kempen Liga Juara-Juara selepas kemenangan tipis 1-0 di Palermo awal pagi tadi seterusnya mengekalkan keraguan pada awal musim terhadap Juventus.

Juara Itali itu akan berkunjung ke Dinamno Zagreb awal pagi Rabu ini untuk mencari kemenangan yang boleh membawa mereka menguasai kempen Kumpulan H dua minggu selepas seri tanpa jaringan di Turin berdepan Sevilla.

Namun tidak seperti Napoli, yang menang 2-0 di laman sendiri mengatasi Chievo yang menyaksikan Marek Hamsik menjaringkan gol ke-100 buat kelab itu sehari sebelum mereka menyambut kehadiran Benfica ke San Paolo, Juventus tampak bergelut.

Aksi kedua-dua pasukan pada perlawanan tersebut. - AFP
Aksi kedua-dua pasukan pada perlawanan tersebut. – AFP

Allegri, yang menggandingkan Gonzalo Higuain dan Mario Mandzukic di depan buat pertama kali memperlihatkan aksi longlai. “Dalam aspek teknikal kami sepatutnya boleh melakukannya dengan lebih baik, tetapi kami berjaya membawa pulang tiga mata,” kata Allegri kepada Sky Sport.

Pertahanan Leonardo Bonucci lebih reallistik: “Dalam aspek teknikal, kami melakukan banyak kesalahan dan apabila anda bermain buat Juventus, itu tidak boleh berlaku. “Palermo bertahan dengan baik sepanjang permainan. Kami perlu menggunakan perlawanan ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki kelemahan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA