Juventus tak perlu pemain baharu

Juventus tak perlu pemain baharu

MILAN, 6 Jan (Reuters) – Penyandang juara Serie A, Juventus memiliki skuad yang sempurna dan tidak perlu untuk melihat kepada pasaran perpindahan pemain, kata jurulatihnya, Massimiliano Allegri.

Juventus kini memburu kejuaraan kelima, bangkit dari permulaan perlawanan musim ini selepas kemasukan Mario Mandzukic dan Paulo Dybala yang mula mendapat sentuhan.

Tujuh kemenangan berturut-turut meletakkan Juventus di tempat keempat, tiga mata di belakang pendahulu, Inter Milan dan akan melayan kunjungan Verona, malam ini.

“Skuad ini cukup kompetitif dan ada beberapa pemain sudah cukup bagus,” kata Allegri. Malah Allegri juga tidak melihat sebarang alasan kenapa penyerangnya, Simone Zaza perlu berhijrah ke pasukan lain ketika pemain itu hanya meledak dua gol dalam tujuh penampilan musim ini.

“Saya tidak faham kenapa dia perlu pergi dan sepatutnya tidak ada rungutan tentang dia. “Saya bercakap dengannya setiap hari, dia pemain yang berkualiti namun masih perlu ditingkatkan lagi.