Juventus ungguli Serie A

Juventus ungguli Serie A

ROM, 15 Mei (AFP) – Paulo Dybala menjaringkan satu gol dan menghasilkan satu asis ketika juara Itali, Juventus mengukuhkan keunggulan musim Serie A mereka dengan menewaskan Sampdoria 5-0 yang beraksi dengan 10 pemain semalam. Juventus yang menyelamatkan gelaran kelima tanpa menyepak bola bulan lalu menerusi kemenangan lewat Roma 1-0 di laman sendiri menentang Napoli.

Dalam perlawanan akhir mereka di laman sendiri dalam kempen liga, pasukan kendalian Massimiliano Allegri dilihat mengembalikan keceriaan dan Bianconeri menghasilkan dengan bergaya.

Sampdoria, yang kehilangan pemain penyerang Antonio Cassano di tengah–tengah laporan dia dipecat berikutan perbalahan bersama pengurusan, hampir menjaringkan gol pada peringkat awal perlawanan tetapi penjaga gol pilihan kedua Juventus, Noberto Neto berjaya merebahkan badan untuk menghentikan voli dari Ricky Alvarez.

Beberapa minit kemudian, Juventus berada di depan apabila pemain dari Perancis, Patrice Evra membuat tandukan ke gawang atas setelah mendapatkan sepakan bebas Dybala, biarpun dilihat berada dalam kedudukan ofsaid.

Dybala membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada suku jam perlawanan apabila Mario Mandzukic dijatuhkan oleh Martin Skriniar, yang dilayangkan kad merah.

Pasukan Juventus meraikan gelaran Serie A kelima mereka berturut-turut selepas menang besar 5-0 pada perlawanan akhir menentang Sampdoria di Stadium Turin Juventus semalam. – AP
Pasukan Juventus meraikan gelaran Serie A kelima mereka berturut-turut selepas menang besar 5-0 pada perlawanan akhir menentang Sampdoria di Stadium Turin Juventus semalam. – AP

Ia adalah jaringan ke-22 pemain dari Argentina itu musim ini dan bermakna dia mengatasi 21 jaringan yang dicatatkan pesaing Carlos Tevez dalam musim kemunculannya bersama pasukan gergasi Turin.

Tevez meninggalkan kesan besar ke atas peminat Juventus dalam dua tahun bersama kelab itu sebelum bersama Boca Juniors pada tahun lepas, dan Dybala menggambarkan tidak seorang pun menjangkannya untuk mengatasi pencapaian jaringan pada tahun pertama.

“Saya rasa tidak seorang pun menjangkakan musim seperti itu selepas tahun pertama Tevez. Saya gembira, ia adalah hari menarik dan kami berjaya menjulang trofi di depan peminat,” Dybala memberitahu Sky Sport.