JX-2 berjaya diuji

JX-2 berjaya diuji

TOKYO, 22 April – Jet pejuang senyap pertama Jepun terbang ke udara hari ini ketika Jepun menyertai kumpulan terpilih kuasa-kuasa tentera dunia yang mempunyai teknologi mengelak radar.

Jepun yang memiliki kuasa teknologi besar, meskipun berperlembagaan ketat yang menghalang penggunaan kekuataan tentera yang telah dikenakan selepas Perang Dunia II, memiliki salah sebuah pasukan pertahanan paling canggih di dunia dan kemajuan jet pejuang senyap muncul ketika ia berdepan cabaran keselamatan baru dalam gaya pasukan tentera China yang berkembang.

Jet X-2 buatan tempatan berlepas ke udara dari lapangan terbang Nagoya di tengah Jepun bagi penerbangan ujian sulungnya ketika berbelas-belas penggemar penerbangan memerhati dengan tepuk sorak ketika ia berlepas ke ruang udara.

Tayangan di televisyen menunjukkan pesawat udara merah putih itu berlepas ke udara, diiringi oleh dua jet pejuang tentera Jepun yang mengumpul data penerbangan.

Prototaip selamat mendarat di pangkalan udara Gifu, utara lapangan terbang Nagoya, selepas penerbangan 25 minit tanpa masalah tertentu, kata seorang pegawai di agensi pemerolehan kementerian pertahanan.

Pesawat berteknologi canggih X-2 berlepas di Lapangan Terbang Komaki di Komaki, wilayah Aichi, tengah Jepun pada 22 April. – AFP
Pesawat berteknologi canggih X-2 berlepas di Lapangan Terbang Komaki di Komaki, wilayah Aichi, tengah Jepun pada 22 April. – AFP

Penerbangan sulung itu yang menyusuli ujian meluas di darat, telah ditangguhkan disebabkan cuaca buruk dan kepincangan beberapa bahagian yang digunakan dalam sistem mengelaknya.

Penerbangan pertama mempunyai makna sangat penting yang boleh meraih teknologi yang diperlukan bagi kemajuan pejuang akan datang,” Menteri Pertahanan Gen Nakatani memberitahu para pemberita.

“Kami juga menjangka ia boleh digunakan kepada lapangan lain dan pembaharuan teknologi dalam keseluruhan industri penerbangan,” tambahnya lagi.

X-2, dimajukan oleh Mitsubishi Heavy Industries dan 200 firma lain, berukuran 14.2 meter panjang dan 9.1 meter lebar dan dibina sebagai pengganti jet pejuang F-2 yang dimajukan bersama oleh AS.

Penghantarannya ke kementerian pertahanan dijangkakan seawal-awalnya bulan depan dan pemerolehan ‘akan terus menganalisis data dan memeriksa kemampuan teknologi senyap,” pegawai agensi itu memberitahu AFP. – AFP