Kabali, AirAsia jalin kerjasama

Kabali, AirAsia jalin kerjasama

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) – AirAsia menjalin perkongsian dengan V Creations, penerbit filem “Kabali” dari India yang dibintangi pelakon handalan Rajinikanth, untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi filem aksi itu.

Mengulas perkongsian itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Amar Abrol berkata pihaknya berasa teruja untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi filem tersebut. “Kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada filem itu dan membolehkan seberapa banyak penumpang kami untuk meraikan ‘demam’ “Kabali”.

“Bekerja dengan Rajinikanth dan pemilik V Creations, Kalaipuli S Thanu, merupakan satu kegembiraan bagi setiap orang dalam AirAsia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA