Kabinet baru bersidang

Kabinet baru bersidang

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet Baru yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan kenaikan timbalan-timbalan menteri telah diumumkan pada 22 Oktober lalu dan pelantikan ini adalah bagi tempoh lima tahun iaitu dari 2015 hingga 2020.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika pengumuman tersebut mengingatkan mereka yang dilantik atau terpilih agar menjadi pemimpin berkewajipan untuk menjalankan keadilan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mempengerusikan mesyuarat pertama kabinet menteri.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mempengerusikan mesyuarat pertama kabinet menteri.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menghadiri mesyuarat pertama kabinet menteri.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menghadiri mesyuarat pertama kabinet menteri.

pg03_151030_d

pg03_151030_e

Titah Baginda, tempat tumpahnya keadilan ialah ke atas rakyat bukan kepada diri sendiri.

“Adapun untuk kepentingan diri sendiri itu bukanlah keadilan tapi kezaliman. Sebab itulah kadang-kadang bersedia mendengar suara orang di bawah atau menerima idea-idea yang baik atau keluhan atau rintihan mereka dapat dianggap sebagai ciri melaksanakan keadilan.

“Dalam pada itu, mesti pula diingat bahawa tafsiran keadilan itu bukanlah mengikutkan kata hati tapi mesti berpandukan lunas-lunas yang betul daripada ugama, undang-undang dan etika.”

Selain itu, tambah Baginda lagi, turut perlu difahami bahawa kabinet adalah ibarat sebuah perahu dan para menteri pula adalah pekayuh-pekayuhnya.

Sebagai pekayuh, mereka adalah satu pasukan dan berperanan untuk pasukan, bukan untuk diri masing-masing.

Kerana itu, walau berlainan kementerian namun mereka tetap di dalam satu pasukan yang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk memakmurkan negara. Sebagai sifat satu pasukan mereka diperlukan supaya turut menyumbang atau sekurang-kurangnya menyokong apa juga gagasan atau rancangan yang baik bagi sesebuah kementerian itu, semata-mata bagi kebaikan negara.

“Beta berharap, barisan pemimpin akan datang tidak akan mengabaikan etika berpasukan serta juga dikehendaki serta bijak membuat perhitungan atau tafsiran mengenai sesuatu perkara yang ada kaitan dengan kerajaan dengan negara dan kerajaan.

“Dengan bertawakal pada Allah serta memohon petunjuknya maka inilah, Beta umumkan rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan beberapa lantikan lain.”

ARTIKEL YANG SAMA