Kabir Khan bersinar di Hollywood

Kabir Khan bersinar di Hollywood

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) – Siapa kata impian fantasi seperti berhasrat menjadi ahli silap mata paling terkenal di dunia adalah matlamat yang tidak munasabah atau sekadar kisah dongeng.

Kabir Khan Mohamad Reaz berlainan pendapat dan percaya impian itu boleh dicapai menerusi kerja keras dan keazaman.

Bermula daripada membuat silap mata kepada golongan kaya dan terkenal di Hollywood sehinggalah di hadapan golongan diraja di Dubai, ahli silap mata terkenal Malaysia, Kabir Khan, 30, mempunyai rekod pencapaian yang hebat di seluruh dunia.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu memberitahu Bernama, beliau memilih untuk berada dalam bidang ini selepas terpesona dengan persembahan oleh ahli silap mata terkenal David Copperfield dalam program televisyen yang ditontonnya ketika berusia enam tahun.

Kabir Khan berkata persembahan itu telah mencetuskan minatnya dan beliau kemudian mengejar impiannya untuk menjadi ahli silap mata di Academy of Magical Arts, Magic Castle, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan graduan dalam Ketangkasan dan Penyulapan Manual (permainan silap mata) dari Chaves Studio of Magic di Los Angeles dan McBride School of Magic and Mystery di Las Vegas.

Ahli silap mata Malaysia mengongsikan kejayaannya yang telah dimuatkan dalam buku ‘The Success Principle’. – Bernama
Ahli silap mata Malaysia mengongsikan kejayaannya yang telah dimuatkan dalam buku ‘The Success Principle’. – Bernama

Kelayakan ini menjadikan beliau seorang daripada beberapa ahli silap mata yang diperakui di dunia.

Minatnya dalam seni silap mata turut dijadikan kisah dalam sebuah buku, ‘The Success Principle’, karya Jack Canfield.

“Semuanya adalah mengenai teknik yang betul dan bagaimana anda sendiri berpegang kepada impian anda untuk menjadikannya satu realiti.

“Sudah tentu orang akan ketawa apabila saya kata saya mahu menjadi ahli silap mata, tetapi dengan keazaman dan panduan daripada keluarga dan semua orang, saya berjaya berada di mana saya ada sekarang,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA