Kabut toksik bawa mimpi ngeri kepada Beijing

Kabut toksik bawa mimpi ngeri kepada Beijing

BEIJING, 25 Dis (AFP) – Penduduk Beijing bangun untuk hari Krismas pada pagi Jumaat tetapi langit diselubungi oleh asap toksik yang tebal. Lebih daripada 100 juta orang di seluruh China telah diberi amaran supaya tidak keluar rumah.

Bahagian-bahagian sekitar di utara China kerap diselimuti pencemaran berbahaya yang berkaitan dengan industri berat dan peningkatan penggunaan arang batu pada bulan-bulan musim sejuk.

Zarah mikroskopik berbahaya yang menembusi jauh ke dalam paru-paru di Beijing meningkat pada 620 mikrogram per meter padu pada awal Jumaat, menurut data daripada kedutaan Amerika Syarikat.

Wanita memakai topeng pelindung semasa cuaca buruk di Beijing. - Reuters
Wanita memakai topeng pelindung semasa cuaca buruk di Beijing. – Reuters

Meteorologi Beijing mengeluarkan amaran oren yang memaksa kilang untuk menghadkan pencemaran dibuang dan sekolah-sekolah supaya menghentikan aktiviti luar.

Kabut itu dijangka berlangsung sehingga petang Sabtu.

Lebih 500 ketibaan dan antarabangsa dan domestik di lapangan terbang utama di Beijing telah dibatalkan kerana kabus tebal dan jarak penglihatan yang rendah.