KACA rai ulang tahun dengan majlis kesyukuran

KACA rai ulang tahun dengan majlis kesyukuran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Bersempena menyambut ulang tahunnya yang ke-30, Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Maghrib dan Fardu Isyak Berjemaah di Pusat KACA, Kiulap, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

Menurut kenyataan yang diberikan, Pusat KACA akan mengadakan Peraduan Senyum Kanak-Kanak KACA 2015 bersempena hari Kanak-kanak Sedunia 2015, Sukan Ria KACA cawangan Tutong, Walkaton KACA Sempena 30 Tahun KACA dan Projek Menabung 2016-2020 Kanak-kanak KACA.

Dato Paduka Haji Zainal (empat, kiri) turut serta bersembahyang jemaah di Pusat KACA.
Dato Paduka Haji Zainal (empat, kiri) turut serta bersembahyang jemaah di Pusat KACA.

ARTIKEL YANG SAMA