KACA sumbang kerusi roda

KACA sumbang kerusi roda

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Atas keprihatinan Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), seorang murid Darjah Pra, Sekolah Rendah Pusar Ulak kini dapat bergerak dengan lebih selesa setelah menerima sumbangan sebuah kerusi roda daripada pusat berkenaan.

Murid berkenaan, Awang Abdul Rahman bin Nurkhairulazmi, 6 tahun, menerima sumbangan itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Pusat KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman yang berlangsung di Pusat KACA, Kiulap, hari ini.

Ibu Abdul Rahman, Dayang Majidah binti Mohidi, 23, ketika ditemui, menjelaskan, anak kedua beliau ini menghadapi masalah tidak dapat berdiri sendiri dan hanya mampu bergerak ke sana-sini menggunakan kedua-dua lututnya.

Awang Abdul Rahman (duduk) berasa gembira setelah menerima kerusi yang disumbangkan oleh Pusat KACA.
Awang Abdul Rahman (duduk) berasa gembira setelah menerima kerusi yang disumbangkan oleh Pusat KACA.

Menurut Dayang Majidah, pihak Unit Pendidikan Khas (UPK) juga nanti akan memberikan kerusi roda kepada Abdul Rahman.

Setakat ini Pusat KACA, Kiulap mempunyai seramai 60 orang ahli.

ARTIKEL YANG SAMA