Kad merah Balotelli batal

Kad merah Balotelli batal

PARIS, 7 Okt – Mario Balotelli akan dapat beraksi semula untuk Nice minggu depan selepas kad merah pada hujung minggu lalu dibatalkan pada Khamis.

Penyerang Itali dibuang padang pada masa kecederaan dalam kemenangan 2-1 Nice ke atas Lorient pada Ahad sekali gus meletakkan kelab barunya di puncak Ligue 1 dan tanpa kalah selepas lapan perlawanan.

Tetapi kad kuning kedua Balotelli yang dilayangkan kerana beliau kelihatnan berbalah dengan pertahanan Lorient Steven Moreira, telah dibatalkan selepas pengadil mengakui kesilapannya.

Dengan ini, Balotelli akan dapat beraksi apabila Nice melayan Lyon pada 14 Oktober, sekali gus memberikan lonjakan semangat kepada pasukan Lucien Favre.

Bekas pemain Liverpool itu telah menjaringkan gol lewat dalam kemenangan menentang Lorient sejurus sebelum dibuang padang untuk gol keenam beliau daripada lima penampilan sejak berpindah ke Cote d’Azur pada akhir bulan Ogos. – AFP

Reaksi Balotelli selepas dilayangkan kad merah semasa menentang Lorient, 2 Oktober lalu. – AFP
Reaksi Balotelli selepas dilayangkan kad merah semasa menentang Lorient, 2 Oktober lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA