Kad merah Noble batal

Kad merah Noble batal

LONDON, 3 Sept (AFP) – Kad merah midfield West Ham United, Mark Noble ketika pasukannya menang 3-0 di Liverpool Sabtu lalu telah dibatalkan, Persatuan Bola Sepak mengumumkan semalam.

Selepas menjaringkan gol kedua West Ham, Noble dilayangkan kad merah pada minit ke-78 di Anfield selepas menerjah gelongsor ketika cuba bola menguasai bola dari Danny Ings di pinggir kawasan penalti.

Selepas FA membenarkan rayuan West Ham untuk pemain berusia 28 tahun itu, bermakna dia bakal diturunkan untuk menghadapi Newcastle United pada 14 September, tetapi kelab dikenakan denda di atas reaksi pemain mereka terhadap penyingkiran Noble.

“Berikutan pendengaran Suruhanjaya Peraturan Bebas, tuntutan West Ham United mengenai pemecatan salah berkaitan Mark Noble telah dibenarkan,” kata FA dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Pengadil mengarahkan Noble keluar padang selepas kelihatan mengasari Danny Ings, Sabtu lalu. – AFP
Pengadil mengarahkan Noble keluar padang selepas kelihatan mengasari Danny Ings, Sabtu lalu. – AFP

“Pemain itu dibuang padang untuk unsur jenayah serius semasa perlawanan menentang Liverpool pada 29 Ogos 2015. Penggantungan tiga perlawanan beliau telah ditarik balik serta merta.

“Berhubung dengan tingkah laku pemain West Ham United berikut pemecatan Noble, kelab telah didakwa kerana gagal memastikan pemain mereka mengawal diri dengan cara yang teratur.”

West Ham mempunyai sehingga 1700 GMT Isnin depan untuk bertindak balas terhadap pertuduhan itu. FA juga mengumumkan penggantungan pemain sayap Stoke City Ibrahim Afellay kerana menampar pemain West Bromwich Albion, Craig Gardner pada hujung minggu lalu telah dikurangkan daripada tiga perlawanan kepada dua.

ARTIKEL YANG SAMA