Kad merah pemain Uruguay dipertikaikan

Kad merah pemain Uruguay dipertikaikan

SANTIAGO, 26 Jun (Reuters)– Uruguay kecewa tersingkir daripada Copa America selepas dua pemainnya dibuang padang secara kontroversi ketika kalah 0-1 pada suku akhir di tangan Chile.

Penyerang Edinson Cavani dan pertahanan Jorge Fucile kedua-duanya dibuang padang pada babak kedua perlawanan tegang di Santiago, semalam.

Pembuangan padang Cavani agak tidak wajar memandangkan dia membalas provokasi pertahanan Chile, Gonzalo Jara.

Selepas Fucile dibuang padang pada minit akhir, pemain Uruguay hilang sabar, mengasak penjaga garisan dan hampir bertumbuk dengan beberapa pemain Chile.

Jurulatih Oscar Tabarez menyertai pertelagahan itu dan permainan ditangguhkan beberapa minit sebelum keadaan reda.

“Apabila kad merah dilayangkan bagi insiden yang bukannya satu kekasaran, ia menyebabkan anda kecewa,” kata Tabarez. “Saya lebih suka kalah dengan cara berbeza.”

Jurulatih itu memohon maaf kerana meluru dari kawasan teknikal untuk membantah terhadap pengadil Brazil, Sandro Ricci namun menyatakan pegawai itu bersalah membuang padang Fucile kerana terjahan ke atas Alexis Sanchez.

“Saya berkata kepada pengadil ‘kenapa anda membuang padang pemain yang tidak melakukan sebarang kekasaran?’,” kata Tabarez. “Fucile, ia amat jelas!