Kad UnionPay diterima meluas

Kad UnionPay diterima meluas

SHANGHAI, China, 5 Sept – Adalah difahamkan pada 1 September bahawa hampir kesemua Mesin Teler Automatik atau ATM di Amerika Syarikat menerima kad UnionPay untuk pengeluaran tunai dan lebih 80% daripada peniaga tempatan menerima kad kredit UnionPay.

Di destinasi-destinasi kegemaran pelancong seperti New York, Hawaii, San Francisco, Los Angeles, Orlando dan Chicago, liputan penerimaan UnionPay di pusat-pusat beli-belah yang terkenal dan Outlet telah melebihi 90%.

Dengan hanya satu kad debit UnionPay dan satu kad kredit UnionPay (kedua-dua nombor kad bermula dengan 62), pemegang kad boleh membayar dengan mudah dan penuh bermanfaat di Amerika Syarikat.

Peniaga yang menerima UnionPay terletak di seluruh Amerika Syarikat, yang merangkumi gedung beli-belah, kedai rantaian jenama, kedai serbaneka, restoran dan hotel, dan ia adalah mudah untuk menggunakan kad UnionPay di Macy’s, Apple Stores, Best Buy, kedai-kedai bebas cukai di lapangan terbang dan tempat-tempat lain yang digemari oleh pelancong. Dengan menggunakan kad kredit UnionPay di Amerika Syarikat, pemegang kad hanya perlu menandatangani, dan tiada nombor PIN diperlukan.

Pemegang kad juga boleh menggunakan kad debit UnionPay di kedai-kedai yang menggunakan pad PIN. Dengan satu rangkaian penerimaan yang meluas di Amerika Syarikat, UnionPay International telah mewujudkan 30 daerah perniagaan penerimaan teras di sekitar tarikan dan pusat beli-belah utama sejak tahun lepas, sekali gus meningkatkan liputan penerimaan dan pada masa yang sama memberikan manfaat dan perkhidmatan eksklusif. Daerah-daerah perniagaan teras ini termasuk Metropolitan Museum of Art, Woodbury Premium Outlet, T Galleria oleh DFS, dan Kalakaua Avenue di Hawaii.

Gambar fail bertarikh 6 Julai 2016 menunjukkan pelancong daripada China melintasi iklan UnionPay semasa membeli belah di gedung perniagaan di Tokyo. – AFP
Gambar fail bertarikh 6 Julai 2016 menunjukkan pelancong daripada China melintasi iklan UnionPay semasa membeli belah di gedung perniagaan di Tokyo. – AFP

Perlu dinyatakan di sini bahawa walaupun banyak peniaga Amerika tidak memaparkan papan tanda jenama kad bank, kebanyakan peniaga dengan pad PIN menerima kad debit UnionPay. Pengguna juga boleh bertanyakan kepada juruwang sama ada kad UnionPay diterima.

Dalam tahun ini sahaja, pemegang kad telah dapat menikmati pelbagai keistimewaan di Amerika Syarikat. Pertama, lebih 50 Outlet terkenal menyediakan manual diskaun VIP dan hadiah untuk pemegang kad UnionPay, termasuk 15 Premium Outlet, 37 Tanger Outlet dan banyak Fashion Outlet. Kedua, pengguna boleh menikmati diskaun berganda (diskaun 10% dan “bayaran 4 hari untuk 7 hari penyewaan”) apabila menggunakan kad UnionPay untuk menyewa kereta melalui Hertz.

Ketiga, pemegang kad UnionPay boleh melawat Metropolitan Museum of Art secara percuma, dan membeli satu tiket untuk melawat Art Institute of Chicago dengan menggunakan kad kredit UnionPay, pengguna boleh mendapatkan tiket lain secara percuma. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA