Kadar faedah AS dijangka dinaikkan Disember ini

Kadar faedah AS dijangka dinaikkan Disember ini

WASHINGTON, 19 Nov – Minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka, Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan semua ahli lembaga menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan mulai Disember.

Majoriti ahli jawatankuasa itu dikatakan setuju bahawa sudah sampai masanya kadar faedah ekonomi terbesar dunia itu dinaikkan buat kali pertama dalam sembilan tahun.

Mereka juga sependapat bahawa keadaan ekonomi berada dalam keadaan sangat tepat untuk kadar itu dinaikkan ketika itu sekali gus disahkan dalam mesyuarat mereka pada 15-16 Disember ini.

Minit mesyuarat itu juga menunjukkan bahawa majoriti ahli setuju bahawa kebimbangan terhadap penyederhanaan ekonomi global dan pasaran ekuiti yang tidak terlalu ketat bukan lagi satu isu.

Perbincangan ekonomi AS di New York bersama wakil daripada ketua-ketua perekonomian. – Reuters
Perbincangan ekonomi AS di New York bersama wakil daripada ketua-ketua perekonomian. – Reuters

Bagaimanapun, jika Fed benar-benar mengambil langkah menaikkan kadar faedah, pendekatan mereka agak berbeza berbanding di Jepun dan Eropah yang mana bank pusat rantau berkenaan beralih kepada pelonggaran dasar kewangan.

Kadar bon persekutuan, yang menentukan kadar faedah pinjaman dalam dolar AS di seluruh dunia, berada pada 0-0.25 peratus sejak Disember 2008, sangat rendah bertujuan menyuburkan pemulihan ekonomi AS daripada kemelesetan. – AFP