Kadar faedah jejas pasaran kewangan

Kadar faedah jejas pasaran kewangan

WASHINGTON, 30 Sept (AFP) – Pasaran kewangan menghadapi risiko kecairan jangka pendek yang lebih tinggi dalam jualan besar-besaran disebabkan kesan tempoh kadar faedah rendah yang panjang, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata semalam. Dalam satu laporan setengah tahun kestabilan kewangan global, IMF berkata pasaran ekuiti perdagangan, bon, mata wang dan isntrumen lain biasanya dilihat mudah tunai pada masa ini.

Tetapi kecairan – keupayaan peniaga membeli atau menjual sejumlah besar aset dengan mudah – boleh menjadi lebih “terdedah kepada pemeruapan” dalam persekitaran semasa, menyebabkan turun naik yang lebih dan melemahkan kestabilan kewangan.

ARTIKEL YANG SAMA