Kadar infertiliti lelaki M’sia membimbangkan

Kadar infertiliti lelaki M’sia membimbangkan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) – Infertiliti dalam kalangan lelaki kini semakin meningkat dan menjadi faktor penyumbang kepada kemerosotan kesuburan di negara ini, dengan satu pertiga daripada jumlah kes ketidaksuburan dikaitkan dengan lelaki, kata seorang pakar.

Menurut pakar penyuburan in vitro (IVF) Dr. Agilan Arjunan dari KL Fertility Centre, jumlah lelaki yang mengalami infertiliti dalam tempoh 10 tahun lepas meningkat kira-kira 40 hingga 50 peratus di negara ini.

Pada sidang meja bulat bersama media mengenai infertiliti di sini hari ini, satu panel pakar IVF berkata infertiliti wanita kini bukan lagi suatu ‘penyakit senyap’ kerana kajian global menunjukkan purata kiraan sperma dari 1930-1990 berkurangan kepada separuh.

ARTIKEL YANG SAMA