Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

BNM mengunjurkan mudah tunai hari ini berjumlah RM31.14 bilion dalam sistem konvensional dan RM13.64 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang konvensional RM2 bilion bagi tujuh hari, RM2 bilion bagi 14 hari, RM1.5 bilion bagi 22 hari dan RM1.5 bilion bagi 32 hari, serta tender Qard RM800 juta bagi tujuh hari, RM1.5 bilion bagi 14 hari dan RM1.5 bilion bagi 22 hari.

Ia juga akan menawarkan tender repo berbalik RM270 juta bagi 32 hari dan RM400 juta bagi 92 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM24.8 bilion tender semalaman konvensional dan RM9.9 bilion Qard semalaman. – Bernama