Kadar pekerjaan Singapura turun berikutan ekonomi lemah

Kadar pekerjaan Singapura turun berikutan ekonomi lemah

SINGAPURA, 15 Sept (Bernama) – Berikutan ekonomi yang lemah, jumlah tenaga kerja tempatan menyusut sebanyak 8,900 dalam separuh pertama 2015, manakala jumlah tenaga kerja asing terus turun kepada 8,000, ini mencatatkan pertumbuhan setengah tahun yang paling rendah semenjak dari 2009.

Penyusutan dalam jumlah pekerja asing tidak termasuk pekerja asing domestik seperti amah.

Dalam laporannya terbaharunya mengenai Perkembangan Pasaran Pekerja bagi separuh pertama 2015, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata penurunan dalam tenaga kerja tempatan sebahagian besarnya disebabkan oleh golongan pekerja muda kasual (di bawah umur 25) yang berhenti dari kerja, selepas kemasukan besar-besaran pekerja itu pada separuh kedua 2014.

Pada masa yang sama, terdapat pertumbuhan yang berterusan dalam golongan tenaga kerja tempatan yang lebih tua.

MOM berkata sektor perkhidmatan menjadi menyumbang utama pertumbuhan dalam tenaga kerja asing pada separuh pertama 2015 dan Pemegang Permit Kerja (WPH) menjadi penyumbang terbesar dalam pertumbuhan tersebut.

Bagi separuh pertama 2015, produktiviti buruh jatuh 0.5 peratus dari tahun ke tahun, disebabkan oleh penyusutan sebanyak 0.4 peratus dan 1.2 peratus, masing-masing dalam suku pertama dan separuh kedua 2014.

MOM akan meneruskan usaha untuk memperkukuhkan teras Singapura dan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing. Kementerian akan menyusul dengan pelaksanaan sepuluh langkah-langkah pengetatan pengambilan tenaga kerja asing yang telah diumumkan sebelum ini, yang telah mengurangkan pertumbuhan tenaga kerja asing kepada kadar yang lebih mampan.

ARTIKEL YANG SAMA