Kadar pembiay...

Kadar pembiayaan maksimum, simpanan minimum dibatalkan – AMBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei –  Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), telah mengeluarkan pindaan ke atas Notis Peraturan Pengawalan Kadar-Kadar Pembiayaan dan Simpanan, kepada kesemua bank dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB),  yang antara lain membatalkan kadar-kadar pembiayaan maksima dan kadar-kadar simpanan minima berkuat kuasa mulai 12 Mei 2017.

AMBD dalam satu kenyataan hari ini berkata, pindaan tersebut membolehkan bank-bank untuk menawarkan sebahagian kadar pembiayaan secara kompetitif berdasarkan tahap risiko dalaman bank dan kedudukan kredit peminjam.

Selain daripada itu, beberapa kadar simpanan tetap telah dibatalkan yang membolehkan bank-bank untuk menetapkan kadar simpanan mengikut keperluan dana (funding needs) masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA