Kadar pengangguran meningkat 6.3 peratus

Kadar pengangguran meningkat 6.3 peratus

SYDNEY, 6 Ogos – Kadar pengangguran Australia meningkat 6.3 peratus pada Julai meskipun pewujudan berpuluh ribu jawatan baru, data rasmi menunjukkan hari ini, tatkala ekonomi bergelut untuk beralih daripada pelaburan yang dipimpin oleh perlombongan.

Kadar pengangguran meningkat sejak setahun lalu kepada tahap tinggi satu dekad, sementara pertumbuhan gaji adalah lemah dan pelaburan perniagaan di luar sektor perlombongan masih lemah. Saiz tenaga kerja juga meningkat, dengan kadar penyertaan, yang mengukur jumlah orang dewasa yang bekerja atau sedang mencari kerja – meningkat daripada 64.8 peratus pada Jun kepada 65.1 peratus.

Sejumlah 38,500 pekerjaan telah diwujudkan pada bulan lalu, kata Biro Statistik Australia, dengan kira-kira 12,400 daripada jawatan yang ditambah kepada ekonomi adalah kerja sepenuh masa sementara 26,100 adalah kerja sambilan.

Dolar Australia merosot kepada 73.43 sen AS selepas data dikeluarkan.

Bacaan Julai adalah lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis dan menyusuli bacaan 6.1 peratus pada Jun.

Kadar pengangguran terakhir mencecah 6.3 peratus pada Januari tahun ini dan pada Oktober 2014, dan sebelum itu pada September 2002.

“Apa yang berlaku di sini adalah jika anda merenung kembali 12 bulan lalu, kami mencecah pengangguran sebanyak 6.3 peratus beberapa kali,” beritahu ahli ekonomi JP Morgan Ben Jarman kepada AFP. “Kami masih berada dalam julat itu walaupun pada tahap tinggi. Ia adalah keputusan yang mengecewakan dalam konteks berkenaan.”

Ekonomi Australia telah mengalami keadaan goyah tatkala ia keluar daripada keadaan melambung sumber yang telah membantunya mengelak kemelesetan. – AFP