Kadar pengeluaran Jepun meningkat

Kadar pengeluaran Jepun meningkat

TOKYO, 29 Okt (AFP) – Pengeluar kilang Jepun tidak menjangka data ekonomi pada September lalu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan peningkatan semula, meningkatkan rangsangan pertumbuhan ekonomi pusat-pusat bank selepas mengalami kejatuhan ekonomi dengan pergerakan yang sangat perlahan terhadap ekonomi ketiga di dunia itu.

Kerajaan mendapati pengeluaran perindustrian menunjukkan perkembangan sebanyak 1.0 peratus, dengan dorongan daripada pengeluaran pantas peranti elektronik dan bahan kimia. Selepas kejatuhannya selama dua bulan berturut-turut.

Ramalan pasaran terhadap penurunan sebanyak 0.5 peratus itu tersasar apabila bacaan angka kenaikan ekonomi menunjukkan kenaikan dari bulan sebelumnya, manakala kementerian ekonomi juga mengangkat penilaiannya ke atas pengeluaran kilang.

Data positif yang menghairankan itu menidakkan ramalan daripada bank Jepun yang akan mengumumkan kadar pengurangan terhadap sektor ekonominya selepas mesyuarat hari ini.

Jepun menerbitkan inflasi dan angka pengangguran petang semalam, yang juga boleh menjadi kunci kepada keputusan BoJ sama ada untuk melepaskan lebih banyak rangsangan dalam menghadapi kelembapan pertumbuhan global.

ARTIKEL YANG SAMA