Kadar pertumbuhan pekerjaan AS meningkat

Kadar pertumbuhan pekerjaan AS meningkat

WASHINGTON, 5 Ogos – Kerajaan AS dijangka mengeluarkan satu lagi laporan pekerjaan yang kukuh pada hari ini – dan sekiranya ia berbuat demikian, ia akan meredakan kebimbangan bahawa ekonomi sedang bergelut.

Ahli ekonomi telah meramalkan bahawa majikan menambah 175,000 pekerjaan pada Julai dan kadar pengangguran merosot kepada 4.8 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun.

Tahap pertumbuhan pekerjaan tersebut adalah sejajar dengan pertambahan bulanan purata pada tahun ini, yang masih di bawah kadar yang sihat sebanyak kira-kira 230,000 pada tahun lalu.

Meskipun perubahan itu, satu pertambahan sebanyak 175,000 mungkin mencukupi untuk memberi jaminan kepada pelabur, dan mungkin penggubal dasar Simpanan Persekutuan, bahawa ekonomi akan terus bertumbuh pada kadar perlahan tetapi stabil.

Ekonomi meleset pada separuh tahun pertama tahun ini, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1 peratus.

Pertumbuhan telah didorong oleh pengguna, yang menambah perbelanjaan pada suku April-Jun pada kadar kedua paling pesat sejak kemelesetan.

Angka tersebut menekankan kepentingan pengambilan pekerja yang kukuh, yang meletak lebih banyak gaji dan menyokong perbelanjaan yang lebih.

Ramai penganalisis menjangka ekonomi akan berpulih pada separuh tahun kedua, dengan salah satu anggaran paling optimistik datang daripada Simpanan Persekutuan Bank Atlanta: Ia meramalkan pertumbuhan tahunan akan mencecah 3.7 peratus dalam suku Julai-September.

Pengambilan pekerja yang kukuh akan mengesahkan bahawa satu keerosotan mendadak dalam pengambilan pekerja pada Mei hanya bersifat sementara.

Pertambahan pekerjaan telah berubah mendadak dalam beberapa bulan ini, daripada pertambahan sebanyak 11,000 pada Mei kepada pertambahan 287,000 pada Jun. – AFP