Kadar RMB bergantung sekumpulan mata wang

Kadar RMB bergantung sekumpulan mata wang

BEIJING, 12 Jan (Bernama) – Kadar tukaran renminbi (RMB) China akan bergantung kepada rujukan ke atas sekumpulan mata wang, ketika unit itu berhadapan tekanan penyusutan berterusan berbanding dolar US, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Dengan memberi pertimbangan yang lebih ke atas sekumpulan mata wang, bermakna nilai RMB pada asasnya akan kekal stabil terhadap keseluruhan kumpulanmata wang berkenaan,” kata agensi itu yang memetik Ma Jun, Ketua Ekonomi BiroPenyelidikan Bank of China (PBOC).

Beliau berkata ia akan menjadi mekanisme dasar pembentukan kadar pertukaranyuan pada masa depan, dan menambah China akan membimbing pasaran untuk membentukkadar yuan/dolar, bagi membantu menstabilkan nilai yuan terhadap sekumpulan matawang.

“Bank pusat akan meminta peneraju pasaran untuk menimbangkan kestabilan yuanberbanding sekumpulan mata wang apabila melaporkan sebut harga pariti pusatmereka dalam Sistem Perdagangan Pertukaran Asing,” kata Ma.

Beliau mengunjurkan nilai yuan akan semakin stabil terhadap sekumpulan matawang berkenaan, manakala kadar yuan/dolar akan turun naik lebih luas menerusi dua cara berbanding satu arah.

Apabila pelabur memahami pembentukan kadar pertukaran berasaskan mekanisme pembentukan kadar tukaran berasaskan satu kumpulan mata wang ini, jualan singkat yuan akan berkurangan, kata Ma.

“Kadar pertukaran Yuan pada masa ini tidak diikat kepada dolar AS dan tidak dibenarkan untuk terapung secara tidak terkawal.

“Kami akan memperkenal satu mekanisme untuk mengehadkan turun naik yuan/kadar dolar secara teratur setiap hari,” kata Ma.

Dengan membuat pertimbangan yang lebih kukuh ke atas sekumpulan mata wang itu, ia tidak akan menjejaskan autonomi kerajaan China dalam membuat dasar kewangan, katanya sambil menambah kadar yuan tidak akan ditambat terlalu ketat dengan sekumpulan mata wang.

Xinhua berkata, kenyataan Ma dibuat selepas yuan China, yang terus berhadapan tekanan penyusutan, turun ke paras terendah dalam tempoh lima tahun berbanding dolar, minggu lepas.