Kaedah akuaponik rumah hijau bantu hasilkan sayuran segar

ANCHORAGE – Rumah hijau telah lama menjadi pilihan untuk meneruskan aktiviti pertanian di negara yang ada kalanya mengalami iklim sejuk seperti di Alaska di mana produk segar akan tetap dapat terus dinikmati walaupun pada persekitaran yang dingin dan kurang mengizinkan.

Bagaimanapun bagi masyarakat yang menetap di beberapa buah kawasan terpencil setentunya akan harus membayar lebih bagi mengimport minyak diesel yang mahal harganya dan penting untuk membantu rumah hijau operasi.

Kini, kerajaan telah mengeluarkan sebuah buku panduan yang boleh membantu pihak sekolah dan masyarakat mengenai bagaimana cara untuk membina rumah hijau yang dipanaskan dengan sumber alam semujadi iaitu kayu.

Menurut pihak berkuasa yang terlibat dalam menyediakan buku panduan tersebut menjelaskan bahawa tujuan penerbitannya adalah seiringan dengan meningkatnya populariti penggunaan rumah hijau berikutan daripada beberapa faktor seperti kemajuan teknologi dan meningkatkan kesedaran dalam diri mereka.

Ribuan sekolah di AS memiliki taman dan yang memiliki rumah hijau di mana para pelajar berpeluang untuk melakukan aktiviti pertanian.

Kaedah akuponik rumah hijau dipercayai dapat menyediakan sayur-sayuran segar kepada penduduk tempatan. – AP
Kaedah akuponik rumah hijau dipercayai dapat menyediakan sayur-sayuran segar kepada penduduk tempatan. – AP

Bagaimanapun situasi di Alaska agak unik terutama apabila mereka kurang menerima sebarang produk yang segar terutama di kawasan pedalaman.

“Tidak ada sebarang individu yang berani untuk mendekati,” jelas Bob Deering, penyelaras dari Perkhidmatan Perhutanan AS yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek tenaga yang boleh diperbaharui di rantau Alaska.

Di kawasan perkampungan, hubungan jalan raya jelas menjadi faktor penghalang bagi proses penghantaran. Justeru, ada kalanya sayuran akan hanya dapat diterima di kawasan perkampungan dalam tempoh masa seminggu ia dihantar daripada pasaran utama.

Buku panduan terbaru ini meliputi pelbagai aspek seperti perancangan komuniti, pembiayaan pilihan, jenis rumah hijau dan pengurusan nutrisi tumbuh-tumbuhan di mana ia adalah bertujuan untuk meningkatkan penyediaan terhadap sayuran yang ditanam sendiri di kawasan Alaska untuk kegunaan di dapur dan kafeteria sekolah.

Malah, buku tersebut juga turut mengandungi kurikulum dan kajian kes berhubung mengenai projek-projek yang telah dilaksanakan oleh sebilangan sekolah termasuk komuniti Thorne Bay di tenggara Alaska yang mana telah memasang rumah hijau akuaponik seluas 750 kaki per segi sejak tiga tahun lalu.

Rumah hijau di sekolah tersebut beroperasi dengan pemanasan yang dibuat daripada potongan kayu, serpihan kayu dan juga habuk kayu yang dikumpulkan di mana dalam perindustrian ia dikenali sebagai biojisim.

“Mereka mungkin tidak memiliki sebarang upaya atau kemampuan sekiranya mereka melakukan proses pemanasan rumah hijau di sekolah itu dengan bantuan haba diesel,” jelas Devany Pientovich, pengurus program biojisim di Lembaga Tenaga Alaska.

Mengambil masa selama setahun, projek merealisasikan buku panduan tersebut telah dibiaya oleh geran perseketuan dan negeri yang berjumlah AS$150,000 di mana ia juga turut melibatkan input daripada pelbagai entiti termasuk beberapa projek yang berjaya seperti Thorne Bay di mana sistem pemanasannya telah disokong melalui program biojisim negara itu.

Ketidakcekapan pembakaran kayu dan sistem pemanasan telah menyebabkan masalah pencemaran di Fairbanks.

Menurut pihak berkuasa, sistem pemanasan yang digunakan di rumah hijau itu cenderung untuk menyebabkan masalah pencemaran namun kelebihan berikutan daripada ketiadaan sistem pembakaran kedua secara tidak langsung turut membantu untuk menghalakan sisa gas yang dikeluarkan terus menuju ke atomosfera sekaligus menghalang proses pencemaran daripada berlaku.

Sekolah Thorne Bay merupakan antara yang pertama daripada empat buah sekolah yang terdapat di Daerah Kepulauan Tenggara itu yang telah memasang sistem rumah hijau akuaponik yang berasaskan pemanasan kayu sambil turut dibantu oleh habitat hidupan ikan yang menyediakan segala nutrient untuk tumbuh-tumbuhan seperti salad, bok choy, kale dan lain-lain.

Alaska telah mengharamkan aktiviti penternakan ikan sekaligus membuatkan sekolah tersebut tidak berpeluang untuk menggunakan ikan yang dapat dimakan seperti tilapia yang sangat popular dalam kaedah akuaponik.

Justeru, Pengurus Rumah Hijau Daerah merangkap pengetua sekolah di Coffman Cove, Colter Barner menjelaskan bahawa perkara tersebut telah memaksa mereka untuk menggunakan spesies ikan emas dan ikan koi bagi membantu dalam merealisasikan projek akuaponik.

Alaska galakkan penduduknya untuk mengusahakan tanaman berdasarkan kaedah akuaponik rumah hijau yang dipercayai dapat memberikan kelebihan kepada penduduk di wilayah tersebut. – AP
Alaska galakkan penduduknya untuk mengusahakan tanaman berdasarkan kaedah akuaponik rumah hijau yang dipercayai dapat memberikan kelebihan kepada penduduk di wilayah tersebut. – AP
Penduduk di Alaska telah dilatih sedari kecil lagi untuk bergiat aktif dalam aktiviti tanaman dengan kaedah akuaponik rumah hijau. – AP
Penduduk di Alaska telah dilatih sedari kecil lagi untuk bergiat aktif dalam aktiviti tanaman dengan kaedah akuaponik rumah hijau. – AP

Para pelajar di daerah tersebut juga berpeluang untuk memiliki lesen perniagaan dibawah kebenaran “Island Fresh Student Enterprises’ untuk menjual hasil tanaman mereka tidak kira sama ada di ladang ataupun pasaran utama.

Di Sekolah Coffman Cove, semua 20 orang pelajar telah memulakan rutin harian mereka di kawasan rumah hijau yang berkeluasan 7,000 kaki per segi yang juga meliputi 10,000 tanaman dan 2,000 ekor ikan.

Para pelajar dari pelbagai peringkat melibatkan dari dalam melaksanakan pelbagai tugasan termasuk menguji kebersihan air, memberi makan kepada ikan dan melakukan aktiviti penanaman.

Barner menjelaskan bahawa satu-satunya yang tidak dibenarkan kepada kebanyakan pelajar adalah mengangkat dan melakukan pemanasan terhadap kayu. Tugas-tugas pemotongan kayu dan proses pemanasan hanya dibenarkan kepada golongan pelajar yang berusia 16 tahun ke atas dan mereka dibayar untuk melakukan tugasan tersebut.

“Ia adalah sesuatu yang menakjubkan di mana pelajar-pelajar yang terlibat dalam melaksanakan rutin harian ini berpeluang untuk berdikari bagi mendapatkan sumber kewangan. Malah komitmen penglibatan yang mereka berikan juga adalah sangat tinggi,” jelas Burner.

Di Coffman Coff, Damon Holtman telah mengorak langkah lebih jauh ke hadapan di mana beliau dan ibu bapanya telah membina sebuah rumah hijau dengan bantuan daripada tenaga solar di kediaman mereka.

Holtman, seorang penggemar aktiviti pertanian telah meluangkan masa yang lebih lama di rumah hijau berbanding para pelajar yang lain.

Beliau menjelaskan bahawa ia adalah cukup mudah untuk mengingati sesuatu pelajaran melalui kaedah penyertaan dan penglibatan sama.

Sebagai contoh, aktiviti memberikan makanan kepada ikan melibatkan kemahiran mengira di mana ia setentunya akan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam bidang Matematik.

“Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor ikan adalah tiga peratus daripada berat badannya dan kami harus menimbang ikan-ikan tersebut dan bijak untuk memberikan pembahagian makanan. Perkara tersebut setentunya akan menjadi lebih mencabar apabila ia melibatkan jumlah ikan banyak yang ditempatkan di dalam emapt biji tangki,” jelas Damon

Di Thorne Bay, para pelajar juga turut mengusahakan kafe yang turut menampilkan produk yang terhasil daripada rumah hijau dalam sebahagian menu yang mereka tawarkan seperti burger dan salad.

Aaliyah Follet yang telah bekerja di sebuah restoran menjelaskan bahawa kesegaran sayur-sayuran tempatan jelas memberikan pilihan berbanding produk import yang ada kalanya tidak segar dan dicemari oleh ulat.

“Saya menyedari bahawa dengan adanya rumah hijau sedikit sebanyak telah membantu untuk mengatasi masalah itu dan kini kami berpeluang untuk menyajikan pelbagai hidangan yang memiliki kandungan yang segar dan enak,” jelas Aaliyah. – AP