Kaedah perkaya beras dicipta

PYONGYANG, 13 Mac – Institut Beras di bawah Institut Sains Pertanian Korea Utara telah mencipta satu kaedah bagi memperkaya bijirin itu sebagai sebahagian usaha ke arah melaksanakan kerja-kerja pertanian berasaskan saintifik, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Ia dianggap sebagai kaedah hasil tinggi unggul yang mampu menjimatkan biji benih, tenaga buruh, air dan bahan pertanian menerusi langkah pengairan sawah padi secara berkala serta penggunaan baja organik.– Bernama