Kaedah sumbangan melalui SMS perlu selamanya

Kaedah sumbangan melalui SMS perlu selamanya

SELAKU seorang Muslim saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dan dengan kerjasama DST dan Progresif Cellular Sdn Bhd kerana telah melancarkan sumbangan menerusi SMS kepada Tabung Dana.

Pembinaan Masjid, yang mana telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada kira-kira tiga bulan yang lalu.

Dengan adanya kaedah sumbangan menerusi SMS ini, maka ia akan memudahkan lagi orang ramai, khususnya umat Islam untuk menghulurkan sumbangan untuk tabung berkenaan.

Hanya sedikit yang mendukacitakan ialah kaedah sumbangan menerusi SMS ini hanya bagi tempoh 45 hari, sedangkan bagi sumbangan-sumbangan yang lain adalah sehingga tiga bulan.

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan agar pihak berkenaan menimbang untuk menjadikan kaedah sumbangan SMS ini dapat berjalan selama-lamanya kerana ia adalah usaha yang mulia dan sangat berkebajikan.

Al Islam, Jalan RIPAS, BSB

ARTIKEL YANG SAMA