Kafe & butik dalam satu kedai

Kafe & butik dalam satu kedai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Kafe Rack & Brew, sebuah kedai baru yang unik, menggabungkan kafe makanan dan minuman dengan butik pakaian telah membuka pintunya di Kompleks Abdul Razak, Gadong, hari ini.

Pada perasmiannya pagi tadi, ramai pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba hidangan di kafe butik berkenaan yang diperkenalkan buat pertama kali di negara ini.

Kafe butik berkenaan merupakan perancangan dua adik-beradik, Dayang Denise dan Dayang Dilys Chai selaku pengurus kedai berkenaan, yang meminati bidang fesyen dan makanan.

Menurut mereka, setelah lebih setahun membuat perancangan, kedai dua dalam satu itu akhirnya dirasmikan dengan menyajikan pelbagai hidangan makanan dan minuman sebagai lokasi bersantai sambil memperkenalkan fesyen-fesyen terbaru.

Dayang Denise menjelaskan kedai tersebut mempunyai dua tingkat dengan tingkat pertama menyajikan hidangan makanan dan minuman berbentuk ala kafe, manakala tingkat kedua menyediakan butik pakaian yang menawarkan pakaian trend terkini bagi kaum wanita yang didatangkan dari luar negara.

Kafe Butik Rack & Brew diasaskan oleh dua beradik, Dayang Dilys (kiri) dan Dayang Denise (kanan) yang juga selaku pengurus kedai dua dalam satu itu
Kafe Butik Rack & Brew diasaskan oleh dua beradik, Dayang Dilys (kiri) dan Dayang Denise (kanan) yang juga selaku pengurus kedai dua dalam satu itu
Tingkat atas kedai menyediakan butik pakaian menawarkan trend pakaian wanita terkini.
Tingkat atas kedai menyediakan butik pakaian menawarkan trend pakaian wanita terkini.
Penyanyi tempatan, Aeia (kiri) dan DJ Kristal FM, DJ Leviee (kanan) turut berada di Kafe ‘Rack & Brew’ semasa pembukaan rasminya kelmari
Penyanyi tempatan, Aeia (kiri) dan DJ Kristal FM, DJ Leviee (kanan) turut berada di Kafe ‘Rack & Brew’ semasa pembukaan rasminya kelmari
Kafe yang terletak di tingkat bawah menyajikan pelbagai jenis hidangan termasuk kek yang menyelerakan.
Kafe yang terletak di tingkat bawah menyajikan pelbagai jenis hidangan termasuk kek yang menyelerakan.

“Bagi saya, kedai ini sangat unik dan terletak di kawasan Gadong yang sesuai sebagai tempat tumpuan orang ramai yang membeli-belah,” ujarnya.

Bercakap mengenai hidangan yang ada disediakan di kafe itu, beliau berkata mereka menyajikan hidangan pembuka mulut, sarapan pagi, hidangan utama dan pelbagai jenis minuman panas mengikut kemahuan pelanggan.

Antara menunya termasuk Roulette Wings, Beef Ribs Burger, Pan Fried Salmon dan sebagainya.

Bagi peminat hidangan manis boleh mencuba Kek Span Victorian atau kek coklat dengan krim aising.

Kafe butik ini dibuka dari jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.

ARTIKEL YANG SAMA