Kafe ditawan IS dijadikan rumah keluarga

Kafe ditawan IS dijadikan rumah keluarga

DHAKA, 15 Nov – Pemilik restoran Bangladesh di mana pelampau Islam membunuh 22 tebusan, kebanyakan warga asing, berkata hari ini beliau akan menukar bangunan itu kepada sebuah rumah untuk keluarganya dan membuka semula restoran di tempat lain.

Polis telah menyerahkan Kedai Roti Holey Artisan kepada pemiliknya selepas menamatkan siasatan empat bulan dalam pengepungan oleh pelampau yang dikaitkan dengan kumpulan Islamic State.

“Polis telah menyerah tempat berkenaan kepada kami pada Ahad. Mereka telah membersihkan runtuhan. Sekarang kami akan menukarnya menjadi rumah kediaman yang akan kami huni,” beritahu pemilik Sadat Mehdi kepada AFP.

Mehdi, yang kehilangan lima orang kawan dalam serangan, berkata beliau mahu menghantar satu mesej bahawa “kami tidak dihadkan oleh keganasan.”

Para pekerja Bangladesh ketika mengubahsuai kedai roti Holey Artisan di Dhaka pada 15 November, tempat IS membunuh 22 tebusan, kebanyakannya warga asing. – AFP
Para pekerja Bangladesh ketika mengubahsuai kedai roti Holey Artisan di Dhaka pada 15 November, tempat IS membunuh 22 tebusan, kebanyakannya warga asing. – AFP

Kedai Roti Holey Artisan di kawasan mewah Gulshan, Dhaka, adalah popular dengan ekspatriat dan penduduk kaya.

Pengunjung Jepun dan Itali adalah antara 18 warga asing yang ditembak dan ditetak hingga mati dalam serangan pada Julai.

Mehdi berkata beliau akan membuka dua kedai lagi di kawasan lain di bandar.

Serangan kedai roti itu menamatkan kempen pembunuhan selama tiga tahun oleh pelampau Islam di mana sasaran mereka termasuk warga asing, aktivis hak dan anggota golongan minoriti agama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA