Kagum dengan pahlawan Kilanas

Kagum dengan pahlawan Kilanas

SAYA ucapkan tahniah dan syabas kepada Haji Duraman Tuah, yang menulis artikel bersiri dalam Media Permata baru-baru ini, mengenai sejarah dan kepahlawanan dua orang Brunei yang menyelamatkan Al-Marhum Sultan

Ahmad Tajuddin dan adinda Baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (dulu dikenali sebagai Pengiran Muda Tengah) semasa Perang Dunia Kedua, tatkala Brunei ditawan oleh Jepun.

Justeru kita amat berterima kasih kepada dua orang pahlawan dan rakan-rakannya yang menyelamatkan Al-Marhum daripada dibunuh oleh Tentera Jepun. Mereka adalah pahlawan sejati dan berani mati kerana sayangkan raja dan keluarga diraja, tanpa memikirkan nyawa dan keselamatan mereka sendiri.

Sudah sewajarnya jasa mereka dikenang, terutama oleh generasi masa kini. Kita juga tidak lupa akan jasa dan pengorbanan Tentera Bersekutu amnya dan Tentera Australia khasnya yang menyelamatkan Brunei.

Sebagai salah seorang penduduk Kampung Kilanas, saya turut berbangga bahawa salah seorang pahlawan tersebut dari Kilanas iaitu Pehin Orang Kaya Setia Bakti Haji Mohd Daud bin Haji Jumat, Penghulu Mukim Kilanas. Berbangga dengan kegagahan, kegigihan dan kepahlawanan POKSB Haji Mohd Daud, yang membuktikan taat setia dan kasih dan sayang kepada raja dan sultan. Jasanya tidak akan dapat dilupakan dan akan dikenang sepanjang zaman.

“Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama.”

Orang Kg Kilanas, Jalan Tutong

ARTIKEL YANG SAMA