Kaino didenda

Kaino didenda

WELLINGTON, 23 Feb (AFP) – Kapten pasukan Auckland Blues, Jerome Kaino tidak akan beraksi dalam musim pembukaan Super ragbi menentang otago Highlanders selepas menerima penggantungan selama seminggu kerana melepaskan tumbukan, kata New Zealand Rugby, hari ini.

Pemain flanker Juara Piala Dunia dua kali bersama All Blacks itu diarahkan meninggalkan padang ketika perlawanan pra musim minggu lalu kerana menyerang pemain prop Waikato Chiefs, Pauliasi Manu.

Penggantungan itu terhad kepada satu minggu oleh pegawai kehakiman, Roger Drummond yang menyatakan bahawa Kaino mempunyai rekod bersih selama lebih dari 10 tahun, “dia merasa kesal dan memohon maaf kepada Manu”.

The Blues, francais New Zealand yang mempamerkan persembahan hambar pada tahun lepas, akan menentang juara bertahan, Highlanders untuk memulakan musim 2016 di Auckland pada Jumaat ini.

Kaino (kiri) ketika dalam satu perlawanan yang lalu. Kaino dikenakan penggantungan selama seminggu dan tidak beraksi dalam musim pembukaan Super ragbi menentang otago Highlanders selepas menyerang pemain prop Waikato Chiefs, Pauliasi Manu. – Reuters
Kaino (kiri) ketika dalam satu perlawanan yang lalu. Kaino dikenakan penggantungan selama seminggu dan tidak beraksi dalam musim pembukaan Super ragbi menentang otago Highlanders selepas menyerang pemain prop Waikato Chiefs, Pauliasi Manu. – Reuters

Kaino akan boleh beraksi bagi perlawanan kedua Blues menentang Canterbury Crusaders di Christchruch pada minggu seterusnya.

Pemain antarabangsa England, Billy dan Mako Vunipola telah menandatangani kontrak baru bersama Saracens, kelab Premiership itu mengumumkan semalam.

Mako menyertai Sarries dari Bristol pada 2011, bersama adiknya Billy berikutan perpindahan dari Wasps dua hari kemudian, dan adik beradik itu sekarang terikat bersama pasukan dari Allianz Park sehingga 2019.

ARTIKEL YANG SAMA