Kaji bantuan perundangan di ASEAN

Kaji bantuan perundangan di ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah menyertai kumpulan penyelidikan yang menjalankan satu kajian garis dasar mengenai bantuan perundangan di Asia Tenggara yang dipimpin oleh Pusat Hak Asasi Manusia Universiti Ateneo de Manila bersama Yayasan Masyarakat Terbuka sebagai sebahagian daripada sokongan mereka untuk memajukan kemudahan mendapatkan keadilan menerusi bantuan undang-undang.

Sehubungan dengan itu, Penyelidik negara dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor leste, Vietnam, Laos dan Thailand telah bertemu di Jakarta, Indonesia selama dua hari (27 dan 28 Julai) sehingga kelmarin untuk membincangkan pengemaskinian mengenai penyelidikan dan mengkaji semula keputusan analisis bantuan undang-undang di negara Asia Tenggara dan perbincangan awal mengenai standard serantau minimum untuk bantuan undang-undang.

Naib Presiden 1 MKM, Dayang Nur Judy binti Abdullah yang juga penyelidik negara untuk Brunei, dalam kenyataan MKM hari ini, berkata, “Adalah menarik untuk mempelajari konsep ‘bantuan undang-undang’ dari negara-negara Asia Tenggara lain kerana ia amat berlainan dari sebuah negara dengan negara lain.

“Kami mempunyai perbincangan meluas mengenai asas perlembagaan bantuan perundangan mengikut undang-undang, bantuan perundangan untuk penjenayah, sivil dan kes lain, perkhidmatan yang ditawarkan seperti kaunseling dan perwakilan, bantuan undang-undang yang sedia ada untuk semua peringkat kes penjenayah, ujian kelayakan dan badan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan bantuan undang-undang.”

Menurut kenyataan MKM, pada hakikatnya, kesediaan dan kemudahan bantuan undang-undang bergantung pada kerajaan dan di sesetengah negara Asia Tenggara lain, kebanyakan pembekal bantuan undang-undang adalah institusi swasta atau pertubuhan bukan kerajaan dan pendekatan mereka terhadap bantuan undang-undang adalah berbeza dan bergantung pada sumber dan sekatan undang-undang.

Para penyelidik dari negara anggota ASEAN bergambar ramai semasa pertemuan itu.
Para penyelidik dari negara anggota ASEAN bergambar ramai semasa pertemuan itu.

Sistem perundangan negara Asia Tenggara berkenaan adalah berasaskan prinsip “kedaulatan undang-undang,” seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), “semua orang adalah sama mengikut undang-undang dan berhak mendapatkan perlindungan undang-undang yang sama tanpa sebarang diskriminasi.”

Bantuan undang-undang utama termasuk nasihat undang-undang, bantuan dan perwakilan untuk orang yang ditahan atau dipenjarakan, disyaki atau dituduh, atau didakwa melakukan kesalahan jenayah dan untuk mangsa dan saksi dalam proses keadilan jenayah, yang mana ia disediakan secara percuma kepada mereka yang tidak mempunyai wang yang cukup atau apabila keadilan perlu ditegakkan.

Ia juga bertujuan memasukkan konsep pendidikan sah, kemudahan mendapatkan maklumat perundangan dan perkhidmatan lain yang disediakan kepada orang menerusi mekanisme penyelesaian perbalahan alternatif dan proses keadilan pemulih.

“Dalam konteks Brunei, bantuan undang-undang hanya diperuntukkan oleh kerajaan mengenai kes jenayah yang memerlukan hukuman mati. Klinik Perundangan Persatuan Undang-Undang Brunei Darussalam memberikan nasihat undang-undang kepada pelanggan mengenai isu yang berkaitan dengan undang-undang sivil, jenayah dan syariah tetapi tidak termasuk perwakilan perundangan tanpa bayaran.

“Sementara itu, Klinik Penasihat dan Nasihat Perundangan MKM menyediakan semua nasihat undang-undang dan kaunseling kepada pelanggan dan memberikan perwakilan perundangan percuma untuk kes yang layak terutamanya mengenai isu sivil dan syariah,” menurut Dayang Nur Judy.

ARTIKEL YANG SAMA