Kaji puncanya

Kaji puncanya

AMAT menyedihkan apabila sehingga 28 September, 13 orang telah maut akibat kemalangan dan kebanyakannya berlaku di lebuh raya sama ada di Lebuh Raya Brunei dan Muara, Tutong dan Daerah Belait. Pihak yang berkenaan haruslah membuat kajian kenapa kemalangan maut kerap terjadi di lebuh raya.

Memanglah benar punca utama ialah memandu laju dan masalah teknikal kenderaan, tetapi harus juga difikirkan bahawa keadaan permukaan jalan yang beralun, berlubang dan air bertakung adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan maut di lebuh raya.

Oleh itu, pihak yang berkenaan dan bertanggung jawab harus mengambil serius tentang perkara ini. Satu lagi cadangan adalah menyediakan ruang mengenai undang-undang jalan raya (peraturan jalan raya, cara memandu yang selamat dan kesalahan-kesalahan lalu lintas) di RTB dan media cetak dalam semua bahasa dengan memuatkan gambar-gambar mengenai perkara yang menyalahi undang-undang.

Mungkin keselamatan, undang-undang dan peraturan jalan raya perlu diserapkan dalam kurikulum pelajaran bagi sekolah rendah untuk menanam semangat sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya kerana konsep keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Awang Marol

ARTIKEL YANG SAMA