Kaji Selidik ICT Keluarga dimulakan

Kaji Selidik ICT Keluarga dimulakan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dengan kerjasama Bigbreak Solutions Sdn Bhd (BBS), telah memulakan Kaji Selidik ICT Keluarga Brunei Darussalam 2016 yang pertama kalinya secara online, hari ini sehingga 29 Februari.

Menurut kenyataan AITI, hari ini, maklumat daripada kaji selidik berkenaan akan digunakan untuk memahami bagaimana ICT merubah ekonomi dan masyarakat Brunei serta akan menyediakan data mengenai petunjuk asas situasi ICT dalam keluarga, trendnya berbanding laporan tahun sebelumnya dan penggunaannya. Kaji selidik tersebut akan meliputi 12,000 seisi rumah di seluruh negara.

Sehubungan itu, AITI dan BBS mengalu-alukan orang awam untuk menyertainya dan memberikan respons berharga dengan mengakses kaji selidik dalam talian di http://survey.aiti.gov.bn.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman Facebook ‘Brunei Darussalam Online Household ICT Survey’ atau menghubungi hotline AITI di talian 2366603 atau hotline BBS di talian 2339057 pada waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA