Kaji sistem pinjaman perumahan Islam

Kaji sistem pinjaman perumahan Islam

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Agensi) – Bank Negara dan Majlis Fatwa Kebangsaan digesa untuk mengkaji semula sistem pinjaman perumahan Islam yang ditawarkan oleh institusi perbankan kepada orang ramai.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana pinjaman perumahan yang sepatutnya meringankan beban itu dilihat lebih ‘zalim’ daripada sistem konvensional kerana peminjam lebih berisiko untuk jatuh muflis.

“Jangan berselindung di sebalik nama ‘Islam’ jika anda sebenarnya mempunyai agenda licik untuk merampas harta orang Islam yang bermasalah bagi membuat bayaran balik pinjaman.

“Bank Negara perlu mengkaji semula adakah pinjaman Islam ini dimanipulasi dan sudah tidak mengikut terma-terma perbankan syariah Islam, malah membebankan peminjam,” katanya dalam program bertajuk Gerakan Kuasa Pengguna di stesen televisyen Astro semalam.

Isu itu diutarakan ekoran semakin banyak bank konvensional yang menawarkan sistem perbankan Islam tetapi dilihat semata-mata untuk menarik pelanggan menggunakan nama Islam namun hak pengguna tidak dibela mengikut terma syarat Islam.

Jelas Nadzim, sesetengah bank mengambil kesempatan daripada tuntutan akad yang dibuat. – Agensi

“Contohnya terdapat satu kes yang mana projek rumah tersebut terbengkalai. Sistem perbankan Islam mengenakan kadar muflis sebanyak RM175,000 sedangkan sistem konvensional mengenakan kadar muflis sebanyak RM65,000.

ARTIKEL YANG SAMA